ARKIB :
15/02/2011
KUALA
TERENGGANU - Irfan Bakti percaya anak buahnya mampu menewaskan Selangor pada
aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam ini dan kemenangan itu boleh menjadi
petanda arah tuju yang menyakinkan.
Skuad Penyu
itu yang mencatat tiga mata pertama selepas tiga perlawanan dengan menundukkan
Perlis 3-1 di Kangar Jumaat lalu telah mengatur persiapan rapi untuk memastikan
Selangor menjadi mangsa kedua.
Menurut Irfan,
ketiadaan Safee Sali dalam skuad Selangor juga bakal memberi sedikit kelebihan
kepada pasukannya untuk meneruskan rekod tanpa kalah dalam kempen liga musim
ini dan melangkah naik dari tangga kelima.
Selangor pula
yang kian terdesak ekoran penghijrahan Safee ke Pelita Jaya sekadar berada di
kedudukan ketujuh dengan empat mata selepas hanya mampu seri 1-1 menentang
Kuala Lumpur.
"Beraksi
di Stadium Shah Alam selalunya sukar, tetapi kami mempunyai rekod baik ketika
menentang Selangor.
"Saya
rasa ia bukan satu yang mustahil untuk kami menewaskan pasukan ini, lebih-lebih
lagi dengan tahap keyakinan tinggi yang dimiliki pemain-pemain saya,"
jelas Irfan.
Malah, Irfan
yang pernah bersama kelab Indonesia, Persipura Jayapura pada 2007 berkata
ketiadaan Safee patut digunakan sepenuhnya oleh pasukannya untuk mengutip tiga
mata penuh.
Bagaimanapun,
Irfan enggan terlalu memandang rendah kemampuan pemain Selangor yang lain
berdasarkan reputasi mereka selaku juara bertahan.
"Saya
sendiri telah melihat perlawanan Selangor ketika mereka seri dengan Kuala
Lumpur Sabtu lalu dan daripada perlawanan itu, saya tahu apa yang perlu
dilakukan oleh pemain-pemain saya.
"Lagipun,
pemain-pemain saya sudah begitu serasi beraksi di gelanggang lawan dan saya
rasa sokongan padu daripada penyokong Red Giants di Shah Alam malam esok (malam
ini) tidak akan menjejaskan fokus kami," tambahnya.
Mengulas
mengenai keberkesanan skuad utamanya, Irfan secara terbuka memuji kekentalan
pada bahagian benteng pertahanan Terengganu yang diketuai oleh kapten Marzuki
Yusof.
"Kami
mempunyai dua pemain pertahanan dari Pahang, Hasmizan Kamaruddin dan Nik Zul Aziz
Nawawi yang cukup bagus sementara Helmi Remeli pula telah kembali kepada
prestasi terbaiknya," ujar Irfan.
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz5dcrPlOzW
© Utusan Melayu
(M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan