Astro
Arena
Mei
4, 2021 08:02 MYT
Prestasi
Safee belum di tahap terbaik - Bojan
Kondisi
penyerang utama, Dominique da Silva masih dibelenggu kecederaan namun
Hodak tidak melihat Safee sebagai pengganti tepat. - fotoBERNAMA
KUALA
LUMPUR: Jurulatih Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak, diasak dengan
pelbagai persoalan berikutan keengganan pengendali Croatia itu
menggunakan khidmat penyerang sejati, Safee Sali.
Kondisi
penyerang utama, Dominique da Silva masih dibelenggu kecederaan namun
Hodak tidak melihat Safee sebagai pengganti tepat.
Sebaliknya
lebih mengutamakan penampilan Romel Morales dan Paulo Josue di
jentera serangan.
"Kami
harus menerima hakikat, Safee bukan lagi seperti pemain yang beraksi
pada 2012.
"Dia
akan diturunkan mengikut perancangan dan formasi yang bersesuaian,"
kata Hodak.
Ia
akan kekal begitu dan Hodak sendiri menegaskan tidak banyak perubahan
yang akan berlaku menjelang pertemuan dengan Penang FC esok.
Berhadapan
Penang, kelibat Casagrande tumpuan utama Hodak, yang dilihat mampu
menjadi batu penghalang hasrat KL City mencetak kemenangan selepas
terakhir melakukannya ke atas Pahang 10 April lalu.
"Casagrande
beraksi dengan cemerlang dan kualiti serta kekuatan fizikal yang
dimilikinya antara kunci utama pasukan dalam merencana serangan
pasukan."
Sementara
itu, Bojan menerima keputusan penjaga gol, Zamir Selamat untuk
berhijrah meninggalkan pasukan.
Dengan
ketiadaan Zamir, Hodak berancang untuk membawa masuk penjaga gol muda
menjelang jendela perpindahan kedua nanti.
Dia
turut mempertimbangkan kedudukan Dominique Da Sylva yang berterusan
dilanda kecederaan.
Segalanya
akan diputuskan sebaik pemain itu membuat pemeriksaan akhir minggu
depan, berhubung kondisinya.
Jika
sukar, Dominique perlu akur dengan keputusan pasukan.
"Zamir
berhijrah ke UiTM secara pinjaman, dia memerlukan masa beraksi dan
kami tidak mahu memiliki pemain yang tidak gembira, dia menerima
tawaran dan kami membenarkan dia berhijrah."
SAFEE
Prestasi
Safee belum di tahap terbaik -- Bojan
Oleh
Ammar Hakim 3 Mei 2021 1910
Prestasi
Safee belum di tahap terbaik -- Bojan
Jurulatih
Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak, diasak dengan pelbagai persoalan
berikutan keengganan pengendali Croatia itu menggunakan khidmat
penyerang sejati, Safee Sali.
Kondisi
penyerang utama, Dominique da Silva masih dibelenggu kecederaan namun
Hodak tidak melihat Safee sebagai pengganti tepat.
Sebaliknya
lebih mengutamakan penampilan Romel Morales dan Paulo Josue di
jentera serangan.
"Kami
harus menerima hakikat, Safee bukan lagi seperti pemain yang beraksi
pada 2012. Dia akan diturunkan mengikut perancangan dan formasi yang
bersesuaian," kata Hodak.