Ahad, 29 Disember 2019

Selangor tumbang, Negeri Sembilan girang


Di Stadium Petaling Jaya, Sarawak turut berbekal selesa untuk menghadapi perlawanan kedua selepas menang 3-1 ke atas PKNS.

Penyerang kebangsaan, Mohd. Safee Sali membuka jaringan pasukan pelawat pada minit kelima sebelum B. Rajinikandh menggandakan gol pada minit ke-45.

Junaid Hartley menambah selesa Sarawak dengan gol ketiga minit ke-63 sebelum PKNS mendapat gol saguhati pada penghujung perlawanan menerusi jaringan penalti Elvis Coric.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0315&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4koROzFwo
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sabtu, 28 Disember 2019

PENJARING TERBANYAK LIGA SUPER 2014 SELEPAS PERLAWANAN KE-5

OLEH AHMAD BIN YAAKOB SMKJ2
Jaringan gol selepas perlawanan ke-5 15.2.2014
6 GOL
Paulo Rangel (Selangor)
3 GOL
Luciano Figueroa (Johor Darul Takzim)
Mohammed Ghaddar (Kelantan)
Khairul Amri (LionsXII)

2 GOL
Pablo Aimar (Johor Darul Takzim)
Matias Conti (Pahang)
Gabor Gyepes (Sarawak)
Joseph Kalang Tie (Sarawak)
Mamadou Barry (Terengganu)
Mohamed Shawky (Kelantan)
Milorad Janjus (Sarawak)

1 GOL
Bruno Martelotto (ATM)
Christie Jayaseelan (ATM)
Juan Arostegui (ATM)
Marlon James (ATM)
Norfazly Alias (ATM)
Amri Yahyah (Johor Darul Takzim)
Safee Sali (Johor Darul Takzim)
Baihaki Khaizan (Johor Darul Takzim)
Harris Harun (Johor Darul Takzim)
Fadhli Shas (Johor Darul Takzim)
Fakri Saarani (Kelantan)
Francis Doe (Kelantan)
Mohd Badri Radzi (Kelantan)
Hafiz Abu Sujad (LionsXII)
Shakir Hamzah (LionsXII)
Afiq Yunus (Lions XII)
Fauzi Roslan (Pahang)
Hafiz Kamal (Pahang)
Eliel da Cruz Guardiano (Perak)
Sukri Abdul Hamid (Perak)
Khairul Asyraf Sahizah (Perak)
Aminuddin Mohd Noor (PKNS)
Fauzan Dzulkifli (PKNS)
Hamka Hamzah (PKNS)
Patrick Ronaldinho Wleh (PKNS)
Fitri Shazwan (Selangor)
Fadzli Saari (Sime Darby)
Fahrul Razi Kamaruddin (Sime Darby)
Failee Ghazali (Sime Darby)
Azlan Ismail (T–Team)
Khairan Ezuan Razali (T–Team)
Patrich Wanggai (T–Team)
Ashaari Shamsuddin (Terengganu)
Marcio Souza Da Silva (Terengganu)
Mario Karlovic (Terengganu)
Ismail Faruqi (Terengganu)
Amirizwan Taj (ATM)

PENJARING TERBANYAK LIGA SUPER 2014

PENJARING TERBANYAK LIGA SUPER 2014
OLEH- AHMAD YAAKOB
Jaringan gol selepas perlawanan ke-4 
5 GOL
Paulo Rangel (Selangor)
2 GOL
Luciano Figueroa (Johor Darul Takzim)
Pablo Aimar (Johor Darul Takzim)
Mohammed Ghaddar (Kelantan)
Khairul Amri (LionsXII)
Matias Conti (Pahang)
Gabor Gyepes (Sarawak)
Joseph Kalang Tie (Sarawak)
Mamadou Barry (Terengganu)
1 GOL
Bruno Martelotto (ATM)
Christie Jayaseelan (ATM)
Juan Arostegui (ATM)
Marlon James (ATM)
Norfazly Alias (ATM)
Amri Yahyah (Johor Darul Takzim)
Safee Sali (Johor Darul Takzim)
Fakri Saarani (Kelantan)
Francis Doe (Kelantan)
Mohamed Shawky (Kelantan)
Hafiz Abu Sujad (LionsXII)
Shakir Hamzah (LionsXII)
Fauzi Roslan (Pahang)
Hafiz Kamal (Pahang)
Eliel da Cruz Guardiano (Perak)
Sukri Abdul Hamid (Perak)
Khairul Asyraf Sahizah (Perak)
Aminuddin Mohd Noor (PKNS)
Fauzan Dzulkifli (PKNS)
Hamka Hamzah (PKNS)
Patrick Ronaldinho Wleh (PKNS)
Milorad Janjus (Sarawak)
Fitri Shazwan (Selangor)
Fadzli Saari (Sime Darby)
Fahrul Razi Kamaruddin (Sime Darby)
Failee Ghazali (Sime Darby)
Azlan Ismail (T–Team)
Khairan Ezuan Razali (T–Team)
Patrich Wanggai (T–Team)
Ashaari Shamsuddin (Terengganu)
Marcio Souza Da Silva (Terengganu)

Ahad, 22 Disember 2019

Safee kembali menyengat

Johor Bahru: Dua gol yang diledak Safee Sali ketika Johor Darul Ta'zim (JDT) membelasah Melaka United 4-1 dalam perlawanan persahabatan malam kelmarin menarik perhatian Cesar Ferrando Jiminez yang percaya penyerang kebangsaan itu sudah menemui semula sentuhan penyudah.

Pengendali dari Sepanyol itu jelas gembira dengan corak permainan Safee yang masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua dan menyumbat dua gol selepas Pablo Aimar serta Luciano Figueroa mencipta jaringan di babak pertama.


“Kelicikan Safee memperdayakan benteng pertahanan lawan cukup menarik dan saya percaya ia akan memberi keyakinan kepada dirinya untuk kembali muncul selaku penyerang disegani.

Jangan harap Aimar

“Musim lalu, saya lihat Safee bergelut untuk mendapatkan sentuhan penyudah namun semuanya sudah berubah pada perlawanan tadi (malam kelmarin) apabila dia begitu komited walaupun beraksi hanya di babak kedua tetapi sudah memperagakan peningkatan memberangsangkan,” katanya.
Berita Harian online 6.1.14

Jumaat, 20 Disember 2019

Pakai orang kita aje...

Simpan Artikel
MyMetroArena
 
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my
“LUPAKAN jurulatih luar, fokus jurulatih tempatan dan kuatkan pemain muda terlebih dulu sebelum memikirkan nama besar untuk melatih skuad bawah 22 tahun (B-22) negara.”

Itu pandangan bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali yang kini mewakili pasukan Petaling Jaya City FC (PJ City) berhubung cadangan supaya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggunakan khidmat jurulatih Asia terutama Jepun dan Korea Selatan bagi membimbing skuad muda negara.

Katanya, paling utama pemain B-22 ini harus dibentuk dengan baik termasuk dijaga kebajikan mereka sewajarnya.

“Ambillah siapapun jurulatih terbaik, kalau pemain tidak dijaga dan berada dalam satu tahap terbaik untuk beraksi, pasukan negara tidak akan berjaya.

“Ya, yang bermain adalah pemain dan ketua jurulatih mempunyai perancangan. Jika mereka tidak dijaga dengan baik, letaklah Jose Mourinho pun tidak akan berjaya membentuk pasukan terbaik,” katanya ketika ditemui pada program Minggu Kesedaran Kecergasan 2019 anjuran Hospital Kuala Lumpur di sini, semalam.

Dia mengulas laporan Arena Metro semalam bahawa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terbuka dalam mempertimbangkan calon ketua jurulatih dari Jepun mahupun Korea Selatan bagi melatih skuad B-22 negara seperti disaran bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh.

Jawatan berkenaan kini kosong berikutan kontrak Datuk Ong Kim Swee sebagai pengendali B-22 yang tamat akhir bulan ini tidak disambung oleh FAM.

Mengulas lanjut, Safee, 35, berkata, pemain bola sepak perlu dibentuk dan dijaga dengan baik supaya terhindar masalah termasuk pengurusan, tempat tinggal, gaji dan tempat latihan tidak teratur.

“Jika semua masalah ini selesai bila-bila masa pasukan kita boleh menjadi antara pasukan terbaik dunia,” katanya.

Sementara itu, Tan Cheng Hoe ketika ditanya sama ada bersedia menggalas dua tugas iaitu membimbing skuad B-22 dan Harimau Malaya, menegaskan mahu fokus membimbing skuad senior seperti ditetapkan FAM.

Beliau juga enggan mengulas mengenai cadangan penggunaan jurulatih asing dari Jepun dan Asia bagi melatih skuad B-22.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Disember 2019 @ 7:00 AM

Selasa, 10 Disember 2019

Safee puas!


Simpan Artikel
MyMetroNode
Oleh Rizar Mohd Noor
rizar@hmetro.com.my

Johor Bahru: Walaupun hanya beraksi pada babak kedua, kelibat Safee Sali amat berharga buat Johor Darul Ta’zim (Johor DT) kerana menjadi pencetus kebangkitan pasukan itu.

Ketika aksi tampak berkesudahan seri tanpa jaringan, Safee yang masuk menggantikan Hariss Harun berjaya meledak gol pertama skuad Harimau Selatan diikuti jaringan kapten Safiq Rahim dan Luciano Figueroa pada tempoh 15 minit terakhir perlawanan.

Bagi Safee, kepercayaan ketua jurulatih Mario Gomez dibalas dengan gol penting Johor DT yang terpaksa berhempas pulas sepanjang 75 minit perlawanan.

“Saya berterima kasih kepada jurulatih kerana memberi peluang menerajui barisan serangan pada babak kedua biarpun sebagai pemain gantian dan saya lega dapat menjaringkan gol.

“Dalam kerjaya saya tiada erti putus asa sebaliknya terus berusaha memberi sumbangan terbaik kepada pasukan.

“Ini adalah gol kedua peribadi saya pada saingan Piala AFC dan saya anggap semuanya hasil kerjasama berpasukan untuk merealisasikan sasaran meraih tiga mata.

“Mengenai kehadiran Gomez, saya akui memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan corak taktikal diterapkan tetapi ia tidak menimbulkan masalah kerana saya dan rakan sepasukan perlu memahami apa kehendaknya,” katanya.

Safee menambah persiapan lebih rapi dibentuk Gomez dalam memperbaiki apa jua kelemahan ketika pertembungan menentang Balestier Khalsa FC, kelmarin.

Malah katanya, kemenangan 3-0 itu juga cukup penting kerana memberi lebih keyakinan kepada pemain meneruskan perjuangan memburu kemenangan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mei 2015 @ 7:22 AM

Detik ‘kuda tua’


 Simpan Artikel
MyMetroNode

Kuala Lumpur: Penyerang Harimau Malaya Safee Sali ibarat ‘mati hidup semula’ selepas meledak gol untuk mencetuskan inspirasi pasukan negara menewaskan musuh tradisi Singapura 3-2 pada aksi getir Kumpulan B Piala AFF 2014, kelmarin.

Gol pembukaan pemain kontroversi itu di Stadium Nasional, Kallang pada minit ke-60 itu jaringan pertamanya dalam perlawanan kompetitif sejak November 2012, namun ia dilihat lebih bermakna daripada itu.

Berikutan ramai pihak menganggap karier Safee, 30, di pentas antarabangsa sudah berakhir susulan prestasi hambar serta kontroversi penyebaran gambarnya sedang menghisap rokok di salah sebuah restoran di Singapura sehari sebelum perlawanan, dia memilih waktu yang tepat untuk melenyapkan kritikan itu.

“Saya gembira dapat menjaringkan gol untuk membantu kemenangan pasukan. Kejayaan malam ini (kelmarin) akan melenyapkan semua masalah sebelum ini.

“Terima kasih juga kepada rakan sepasukan yang sama-sama berjuang untuk membuktikan isu luaran tidak mengganggu fokus kami,” katanya.

Safee, pemenang anugerah Kasut Emas dengan ledakan lima gol sewaktu membantu Malaysia menjuarai Piala AFF 2010 terus mendapat kepercayaan jurulatih Dollah Salleh untuk berada dalam kesebelasan utama menentang Singapura meskipun tidak menyerlah ketika tewas 2-3 kepada Thailand sebelum itu.

Bagaimanapun bintang Johor Darul Ta’zim itu membalas kepercayaan Dollah dengan menyumbat gol pertama menerusi rembatan deras ke gawang tuan rumah selepas percubaan terbaiknya pada babak pertama terkena tiang.

Safee yang kini sudah mengumpul lapan gol dalam tiga kejohanan Piala AFF percaya dia kini sudah mendapat keyakinan untuk membantu negara melepasi halangan Vietnam di separuh akhir pertama di Shah Alam, Ahad ini dan Hanoi (11 Disember).

“Alhamdulillah saya sudah mendapat semula keyakinan dan berharap ia berterusan sehingga ke separuh akhir.

“Saya tidak meletakkan sebarang sasaran peribadi (penjaring terbanyak) kerana apa yang penting kemenangan pasukan,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Disember 2014 @ 5:03 AM

Safee idam ulang sejarah 2010


Simpan Artikel
MyMetroNode
 
Shah Alam: Jika kejayaan Piala AFF 2010 mahu dijadikan pemangkin semangat Harimau Malaya, sudah pasti sandaran untuk mengulanginya terletak di bahu penyerang Safee Sali (gambar).

Pada edisi empat tahun lalu, Safee yang tenggelam pada aksi peringkat kumpulan mula mempamerkan sentuhan dengan ledakan lima gol untuk membawa Malaysia ke final sebelum muncul juara buat kali pertama sejak 1996.

Malah pertemuan dengan Vietnam pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, Ahad ini pasti mengimbau kembali kebangkitan Safee yang menjaringkan dua gol pada 2010 untuk Malaysia menang 2-0 ke atas pasukan juara 2008 itu di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum seri 0-0 di Hanoi.

Namun Safee, 30, yang mencetuskan inspirasi kemenangan skuad Dollah Salleh ke atas Singapura, Sabtu lalu untuk melepasi halangan Kumpulan B bersama Thailand tidak mahu terbawa-bawa dengan kejayaan silam itu.

“Tahun 2010 satu kejayaan tapi 2014, perjalanan baru. Saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk membantu pasukan menang di tempat sendiri. Motivasi semua pemain sekarang berada di tahap terbaik selepas menang di Singapura dan diharap permainan kami akan terus meningkat,” katanya selepas sesi latihan Harimau Malaya di Stadium Shah Alam semalam.

Bagaimanapun Safee yang menutup kritikan terhadap prestasi hambarnya dengan gol pembukaan ke atas Singapura mengakui perlu berusaha keras untuk meningkatkan tahap kecergasannya.

“Saya belum cergas sepenuhnya dalam dua perlawanan sebelum ini. Saya tidak dapat beraksi 90 minit dan harap kelemahan ini dapat diatasi sebelum menentang Vietnam,” kata bintang Johor Darul Ta’zim itu.

Safee terlepas daripada sebarang hukuman keras Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung isu gambar dia menghisap rokok di salah sebuah restoran di Singapura apabila badan induk itu hanya memberikan amaran keras kepadanya.

“Itu hanyalah provokasi dari pihak Singapura, saya tidak boleh buat apa-apa. Perkara ini sudah berlalu dan saya membuktikan kemampuan dengan menjaringkan gol dan kami berjaya menewaskan mereka,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Disember 2014 @ 7:06 AM


Safee sedia berunding cari pasukan


Simpan Artikel
MyMetroArena
 
Aziman Rosdi
aziman@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali mengesahkan dia tidak akan kembali menyertai pasukan negeri kelahirannya, Selangor musim depan.

Pemain berusia 34 tahun itu mengakui namanya tiada dalam perancangan jurulatih baharu Red Giants, B Satiananthan seperti yang digembar-gemburkan sesetengah penyokong di media sosial kebelakangan ini.

“Saya tidak mungkin ke Selangor kerana sudah dimaklumkan saya tiada dalam perancangan mereka,” kata Safee yang sudah tamat kontrak bersama PKNS FC selepas dua musim bersama kelab itu.

Sebelum ini, timbul spekulasi mengaitkan Safee akan kembali semula ke Selangor selepas kali terakhir menyarung jersi Merah Kuning pada musim 2006-2010.

Dia meninggalkan skuad Red Giants ketika zaman kemuncaknya untuk berhijrah ke kelab Indonesia Pelita Jaya FC selepas membantu Harimau Malaya menjuarai Piala AFF 2010.

Safee yang pernah menjulang trofi Liga Super 2009 dan 2010 bersama Selangor dan 2014, 2015, 2016 dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengakui kini terbuka dengan sebarang rundingan bersama pasukan lain.

“Sebelum ini, saya ada berbincang dengan beberapa pasukan, tapi belum ada yang serius jadi saya masih terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pasukan berminat.

“Berdasarkan keupayaan ketika ini, saya percaya masih lagi boleh bersaing di peringkat kompetitif,” katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 November 2018 @ 5:46 PM

Safee kekal di PJ City


MyMetroArena
 
BERNAMA
PENYERANG sensasi skuad Petaling Jaya City FC (PJ City) Safee Sali mengesahkan kekal bersama pasukan itu bagi saingan Liga Super musim depan di sebalik spekulasi mengenai rombakan besar-besaran pasukan itu.

Safee turut membayangkan musim depan pasukan itu bakal menampilkan beberapa muka baharu yang lebih berpengalaman dalam Liga Super bagi memastikan sasaran PJ City untuk menjadi antara lima pasukan terbaik liga tercapai.

"Siapa orangnya biarlah rahsia, tapi apa yang dapat saya katakan musim depan kita (PJ City) akan ada nama-nama besar arena bola sepak negara.

"Mereka akan membantu memantapkan lagi pasukan bagi menghadapi saingan pasukan-pasukan besar seperti Kedah, Johor DT dan Pahang," katanya ketika ditemui pemberita selepas kejohanan Piala Belia Eat Right To Play Right (ERTPR) anjuran syarikat insurans Zurich Malaysia, hari ini.

Safee yang juga bekas pemain kebangsaan dilantik sebagai duta program ERTPR yang menggalakkan pengambilan makanan bernutrisi dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Disember 2019 @ 10:19 PM

Sabtu, 7 Disember 2019

Kim Swee senarai 23 pemain

MyMetroNode
 
BERNAMA
Kuala Lumpur: Ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee menyenaraikan 23 pemain ke latihan pusat menjelang perlawanan menentang Korea Utara pada 28 Mac ini.

Latihan pusat akan diadakan di Wisma FAM di Kelana Jaya bermula Isnin depan sehingga 20 Mac sebagai persiapan untuk aksi persahabatan menentang Filipina di Stadium Memorial Rizal, Manila pada 22 Mac.

Skuad Harimau Malaysia menghadapi cabaran getir menentang Korea Utara pada aksi sulung pusingan kelayakan terakhir Piala Asia 2019 itu.

Venue bagi perlawanan itu akan diumum oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) esok, ekoran permohonan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya perlawanan itu diadakan di venue neutral atas faktor keselamatan.

Bagi panggilan kali ini, Kim Swee mengekalkan sebahagian skuad Piala Suzuki AFF 2016 di Yangon, Myanmar pada November lalu dengan 18 pemain dikekalkan dan lima pemain ditukar menurut kenyataan FAM, hari ini.

Lima pemain digugurkan ialah penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Irfan Fazail (JDT II), Ahmad Fakri Saarani (Kedah), Darren Lok (JDT) dan Norshahrul Idlan Talaha (Felda United).

Mereka digantikan dengan penjaga gol Felda United Mohd Farizal Harun, Mohd Afif Amiruddin (Pahang), Khair Muhammad Jefri Jones (Melaka), Mohamad Nasir Basharudin (Perak) dan Muhammad Akram Mahinan (Kedah) untuk melengkapkan skuad.

Kesemua pemain itu perlu melaporkan diri kepada Kim Swee pada Isnin ini kecuali dua pemain JDT (Rabu) dan dua pemain Felda United (Khamis) kerana terbabit dengan aksi Piala AFC 2017 dengan kelab masing-masing.

Menurut kenyataan itu, purata umur bagi senarai skuad kali ini ialah 28.0 tahun. Tujuh pemain berusia 25 tahun dan ke bawah dengan sembilan pemain berusia 26-29 tahun serta tujuh pemain berusia 30 tahun dan ke atas.

23 pemain terbabit ialah Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Muhammad Shahrom Abdul Kalam, Nazirul Naim Che Hashim, Shahrul Mohd Saad, Mohamad Nasir Basharudin, Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak (kesemuanya Perak), Khairul Helmi Johari, Mohd Rizal Mohd Ghazali, Baddrol Bakhtiar, Muhammad Akram Mahinan dan Mohd Syazwan Zainon (Kedah).

Mohamad Fadhli Mohd Shah, Ahmad Hazwan Bakri (JDT), Mohd Farizal Harun, Muhammad Hadin Azman (Felda United), Matthew Davies, Mohd Afif Amiruddin (Pahang), Mohd Khairulazhan Mohd Khalid, S Veenod (Selangor), Khair Muhammad Jefri Jones, Mohd Amri Yahyah (Melaka United), Mohd Safee Mohd Sali (PKNS FC) dan Ronny Harun (Sarawak).

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mac 2017 @ 4:55 PM

Jumaat, 6 Disember 2019

'Ambil pemain naturalisasi biar berkualiti...'


MyMetroArena
 
Aziman Rosdi
aziman@nstp.com.my
PENYERANG berpengalaman Mohd Safee Sali berharap hanya pemain naturalisasi yang boleh memberikan impak besar akan diberi peluang menyarung jersi Harimau Malaya.

Ini kerana baginya tiada guna mengambil pemain luar sekadar melengkapkan kuota naturalisasi jika prestasi tidak jauh beza dengan pemain tempatan.

"Tidak guna kita ambil pemain naturalisasi tapi tidak boleh memberikan impak besar. Pemain naturalisasi mestilah pemain yang lebih bagus daripada pemain tempatan, bukan sekadar pelengkap dalam pasukan," kata pemain PKNS FC itu.

Cadangan FAM untuk menyerap pemain naturalisasi ke dalam skuad kebangsaan mungkin tiada halangan selepas kerajaan memberi lampu hijau semalam.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya mengenai perkara itu berkata, pemain naturalisasi bukan sesuatu yang baru dalam bola sepak dan ia boleh dipraktikkan asalkan pemain tempatan tidak terus tersisih.

Safee yang menjadi penjaring terbanyak ketika Malaysia merangkul kejuaraan pertama Piala AFF 2010 bagaimanapun mengganggap kehadiran pemain naturalisasi tidak akan menutup peluang buat pemain tempatan dalam skuad Harimau Malaya.

"Saya tidak melihat apabila FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) bercadang untuk mengambil pemain naturalisasi, maka peluang pemain tempatan terus tertutup.

"Pada saya skuad kebangsaan adalah tempat untuk pemain terbaik di negara ini, jadi pemain tempatan perlu lebih berusaha keras untuk bersaing merebut tempat.

"Jika perkara ini akan dilaksanakan, sudah pasti persaingan sesama pemain akan bertambah sengit dan terpulang kepada jurulatih untuk memilih pemain," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Julai 2018 @ 8:37 PM

Nilai pemain ikut prestasi


MyMetroUtama
             
Aziman Rosdi
aziman@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Penyerang berpengalaman, Safee Sali berharap status pemain kacukan bukan tiket automatik untuk seseorang itu menyarung jersi kebangsaan.

Dia berkata, pemilihan pemain seharusnya dinilai mengikut prestasi dan bukan kerana pemain itu berdarah campuran semata-mata.

“Pemain bola sepak bukan ikut darah campuran atau tidak, tapi kemampuan pemain itu membentuk kombinasi yang baik dalam pasukan.

“Jika pemain kacukan itu mampu memberikan perubahan kepada pasukan kebangsaan, itu bagus tapi kalau sekadar ingin mendapatkan hak kerakyatan dan tiada kesungguhan untuk mewakili negara pada saya ia hanya sia-sia. Lebih baik peluang itu diberikan kepada pemain tempatan, ada ramai lagi yang bagus,” katanya.

Lambakan pemain kacukan yang kini membanjiri Liga Malaysia dijangka mencetuskan angin perubahan baru dalam skuad kebangsaan.

Ketika ini, terdapat 14 pemain kelahiran luar negara yang mempunyai pertalian darah di negara ini diberikan hak kerakyatan dan boleh dipanggil pada bila-bila masa oleh jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe.

Antaranya La-Vere Corbin-Ong, Natxo Insa, Curran Ferns dan Daniel Ting.

Ketika ini, hanya Matthew Davies (14 kap), Darren Lok (9), Brendan Gan (8), Kiko Insa (6), Khair Jones (4) pernah mewakili skuad Harimau Malaya.


DAVIES (kiri) antara beberapa pemain naturalisasi di dalam skuad Harimau Malaya. FOTO Luqman Hakim Zubir
Menurut Safee yang pernah dinobatkan penjaring terbanyak ketika membantu negara menjulang trofi Piala AFF 2010, kebanyakan pemain kacukan yang dimiliki negara ketika ini memiliki kemampuan lebih kurang sama dengan pemain tempatan.

“Pada saya, hanya dua-tiga pemain kacukan yang dilihat memiliki kualiti lebih baik berbanding pemain tempatan dan yang lain saya fikir lebih kurang sama saja.

“Kita tak boleh terlalu taksub dengan pemain kacukan, jika mereka benar bagus, tiada masalah untuk menyertai skuad kebangsaan. Kita boleh lihat, Indonesia, Singapura yang memiliki pemain naturalisasi tapi belum lagi boleh pergi jauh. Sedangkan Thailand yang lebih ramai pemain tempatan nampak lebih bagus,” kata Kapten PKNS FC itu.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Februari 2018 @ 5:49 AM

Jumaat, 29 November 2019

PENJARING TERBANYAK LIGA SUPER MALAYSIA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB.
Rank
Player
Malaysia Super League Club(s)
Goals
1
Kelantan (41), Pahang (29), T-Team (11), Kuala Lumpur (12), Felda United (6), FA Selangor (3)
102
2
Terengganu (81), Pahang (3)
84
3
UPBMyTeam (14), Kelantan (36), Johor Darul Ta'zim (8), Armed Forces (1), Terengganu (2), Felda United (4), Pahang (5)
70
3
70
5
Kedah (43), ATM (17)
60
6
Kedah (60)
60
7
Terengganu (15), FA Selangor (18), Kelantan (5), Felda United (15), Pahang (5)
58
8
54
9
Perak TBG (49), Kelantan (4)
53
9
53[1]
                                                                                       


[1] https://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia_Super_League