MyMetroArena
BERNAMA
PENYERANG sensasi skuad Petaling
Jaya City FC (PJ City) Safee Sali mengesahkan kekal bersama pasukan itu bagi
saingan Liga Super musim depan di sebalik spekulasi mengenai rombakan
besar-besaran pasukan itu.
Safee turut membayangkan musim
depan pasukan itu bakal menampilkan beberapa muka baharu yang lebih
berpengalaman dalam Liga Super bagi memastikan sasaran PJ City untuk menjadi
antara lima pasukan terbaik liga tercapai.
"Siapa orangnya biarlah
rahsia, tapi apa yang dapat saya katakan musim depan kita (PJ City) akan ada
nama-nama besar arena bola sepak negara.
"Mereka akan membantu
memantapkan lagi pasukan bagi menghadapi saingan pasukan-pasukan besar seperti
Kedah, Johor DT dan Pahang," katanya ketika ditemui pemberita selepas
kejohanan Piala Belia Eat Right To Play Right (ERTPR) anjuran syarikat insurans
Zurich Malaysia, hari ini.
Safee yang juga bekas pemain
kebangsaan dilantik sebagai duta program ERTPR yang menggalakkan pengambilan
makanan bernutrisi dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Ahad, 8 Disember 2019 @ 10:19 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan