TAPAH - Bapa
pemain bola sepak negara, Mohamed Sali Mian, 64, bercadang mengadakan kenduri
kesyukuran bagi menyambut kepulangan anaknya, Safee Sali ke rumahnya di Jalan
Temoh, di sini.
Katanya,
kenduri itu sebagai meraikan kejayaan Safee sebagai Penjaring Terbanyak Piala
Suzuki AFF 2010.
Bagaimanapun,
katanya, tarikh kenduri tersebut belum dapat ditetapkan kerana menunggu
kepulangan Safee.
"Saya ada
hubungi Safee semalam, tetapi dia memberitahu tidak dapat pulang dalam tempoh
terdekat, kerana hendak ke Australia bersama pasukan Selangor.
"Safee
mempunyai jadual yang ketat dalam kerjayanya sebagai pemain bola sepak
negara," katanya di sini, semalam.
Mohd. Safee
Sali melakar kejayaan sebagai Penjaring Terbanyak Piala Suzuki AFF, yang
berakhir di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, kelmarin.
Malaysia
menjulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama sejak kejohanan ini diperkenalkan
sejak 1996 (nama asal Piala Tiger) setelah menang agregat 4-2 ke atas Indonesia
biarpun tewas 2-1 dalam perlawanan akhir kedua itu.
Mohamed Sali
berkata, dia bangga kerana kebolehan anaknya itu menjaringkan gol pertama pada
pertemuan dengan Indonesia itu.
"Saya
juga gembira dengan kejayaan Safee menjaringkan lima gol sepanjang kejohanan
Piala Suzuki AFF," ujarnya gembira dengan kejayaan anaknya membantu
pasukan Harimau Malaya muncul juara Piala Suzuki AFF tahun ini.
Mohd. Safee
merupakan anak kelapan dari 12 adik beradik.
Ditanya
mengenai corak permainan anaknya yang dikatakan sama dengan legenda bola sepak
negara, Allahyarham Mokhtar Dahari, Mohamed Sali berkata, walaupun permainan
Safee tidak sama dengan Mokhtar, dia percaya Safee boleh mengembalikan
kegemilangan bola sepak negara.
"Corak
permainan pantasnya itu memberikan satu kelebihan kepada Safee untuk melakarkan
nama dalam lagenda bola sepak," katanya.
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz5dKNnyXR1
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan