Selasa, 22 Januari 2019

Safee tetap mahu ke seberang walau dapat ancaman


ARKIB : 12/01/2011
KUALA LUMPUR - Di sebalik kerisauan keluarga terhadap keselamatannya, penyerang sensasi negara Mohd. Safee Mohd Sali tetap mahu beraksi dalam Liga Super Indonesia (ISL) biarpun mendapat ancaman bunuh daripada penyokong fanatik negara itu.

"Saya tahu perangai penyokong Indonesia lain dari negara kita tetapi saya tetap yakin kepada diri kerana saya hanya mahu menimba pengalaman dalam karier bola sepak luar negara.

"Saya harap mereka (penyokong) perlulah realistik dan bersikap terbuka. Mengenai ancaman bunuh, saya tetap yakin tidak akan berlaku apa-apa terhadap keluarga saya nanti," katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Beberapa laman web tempatan melaporkan ahli keluarganya bimbang tentang keselamatannya kerana membuat keputusan untuk bermain dengan sebuah kelab di Indonesia.

Malaysia menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 untuk muncul juara Piala AFF Suzuki selepas menunggu selama 14 tahun.

Dalam kedua-dua perlawanan akhir secara timbal balik itu, Safee menjadi wira negara apabila menyumbat tiga gol, termasuk satu di Jakarta, sekali gus membawa pulang Kasut Emas selaku penjaring terbanyak dengan dengan lima gol sepanjang kejohanan itu. - Bernama
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz5dLYfMCe2
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan