ARKIB :
10/01/2011
Oleh TAN MING
WAI
tan.mingwai@utusan.com.my
TRIO pemain
negara (dari kanan) Safee Sali, Mohd. Amirul Hadi Zainal dan Mohd. Khyril
menurunkan tandatangan pada baju salah seorang peminat semasa sesi bertemu
peminat anjuran Nike di Bandar Utama, Petaling Jaya semalam. - utusan/MOHD.
NAIM AZIZ
PETALING JAYA
-- Penyerang kebangsaan, Safee Sali melahirkan keinginannya untuk mencuba nasib
pada aksi liga luar negara di Indonesia kerana menganggap ia peluang terbaik
untuk mengembangkan kerjaya bola sepaknya ke tahap yang lebih tinggi.
Menurutnya,
dia sudah 70 peratus hampir pasti akan berhijrah, namun terserah kepada
perkembangan perbincangan yang bakal diadakan di antara Selangor dan
kelab-kelab yang berminat.
Safee
bagaimanapun menegaskan keinginannya untuk berhijrah bukan kerana Liga Malaysia
tidak berkualiti, cuma dia berharap dapat bermain dalam liga antarabangsa,
kerana menyedari kerjaya bola sepak adalah bersifat sementara.
"Sebagai
pemain profesional, kalau tak rebut peluang sebegini, rugilah. Peluang ini
tidak datang selalu.
"Kalau
dapat bermain di luar, baru saya boleh uji kebolehan diri yang sebenar, di
samping dapat mengembangkan cara permainan dan prestasi saya," katanya
kepada pemberita pada majlis meraikan pemain skuad negara yang menjuarai Piala
AFF Suzuki 2010 anjuran Nike di sebuah kompleks beli belah terkemuka di sini
semalam.
Menurut
pemenang Kasut Emas Piala AFF Suzuki itu, tiga kelab Liga Super Indonesia (ISL)
berminat mendapatkan khidmatnya iaitu Persib Bandung, Persib Balik Papan serta
Pelita Jaya.
Tambahnya,
sebuah lagi kelab Vietnam bagaimamana pun tidak meneruskan hasrat mereka.
"Saya
difahamkan tiga kelab liga Indonesia masih berminat dan saya menyerahkan kepada
Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk menguruskan segala pebincangan
perpindahan," jelasnya.
Safee masih
mempunyai kontrak bersama Selangor sehingga November depan.
Kelab-kelab
yang mahu mendapatkan Safee dijangka perlu menebus kontraknya untuk membolehkan
perpindahannya berlaku.
Menurut Safee,
seandainya perjanjian perpindah tercapai, dia tidak akan berhijrah dalam tempoh
terdekat dan masih sempat bermain beberapa perlawanan untuk Selangor.
Ini kerana,
katanya, Liga Indonesia dijangka akan bermula pada Mei tahun ini.
Ditanya mengenai
kelab mana yang ingin disertainya, Safee memilih Persib Bandung kerana jaraknya
yang dekat dengan tanah air di selain dia juga masak dengan persekitaran di
wilayah tersebut.
"Saya
juga mungkin membawa isteri dan anak bersama, tapi tengoklah keadaan dulu,"
jelasnya.
Kecemerlangan
Safee yang meledak lima gol ketika Kejohanan Piala AFF Suzuki bulan lalu,
menaikkan namanya Asia Tenggara.
Rakan-rakan
sepasukan seperti ketua pasukan Syafiq Rahim dan Norsharul Idlan Talaha turut
dikaitkan dengan beberapa kelab di Indonesia.
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz5dL6RFY4j
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan