ARKIB :
30/12/2010
Malaysia
berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 buat kali pertama selepas menang
agregat 4-2 pada perlawanan akhir kedua antara Malaysia menentang Indonesia di
Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi. utusan/Shahril Azman Zain
JAKARTA
Pengendali skuad negara, K. Rajagobal mengakui dia sudah terbayang kejuaraan
selepas jaringan gol yang dilakukan oleh Safee Sali pada minit ke-53 kerana amat
sukar buat Indonesia bangkit mendapatkan lima jaringan dalam tempoh baki
perlawanan yang tinggal di separuh masa kedua.
Katanya,
selain memberikan kelebihan gol di tempat lawan, ia mengundang rasa keyakinan
buat pemain pertahanan mudanya untuk bertahan membendung asakan bertali arus
tuan rumah.
Walaupun
Indonesia cuba bangkit selepas mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-71, saya
masih menaruhkan kepercayaan kepada para pemain untuk mempertahankan kelebihan
yang kita ada.
Selepas gol
kedua Indonesia, saya sedar masa sudah semakin suntuk buat mereka dan kejuaraan
hampir pasti dirangkul oleh kita, katanya pada sidang media selepas perlawanan
akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, semalam.
Tambah
Rajagobal, dia sedar Indonesia akan mempamerkan perwatakan agresif sebaik wisel
perlawanan dimulakan dan memberitahu pemainnya supaya memberi lebih perhatian
ketika bertahan pada awal 45 minit separuh masa pertama.
Saya
berpesan kepada pemain, sekiranya mereka kehilangan bola, mereka mesti cepat merampas
kembali dan bekerja secara berpasukan.
Kami dapat
bertahan dengan baik dan berharap melakukan serang balas untuk melakukan
jaringan.
Sekiranya
penalti pada minit ke-18 dapat disempurnakan oleh Indonesia, saya rasa ia
mungkin memberikan semangat buat tuan rumah untuk mendapatkan gol namun saya
puji semangat yang dipamerkan oleh pemain-pemain muda saya, katanya.
Media
Indonesia juga sempat bertanyakan apakah formula kejayaan yang dilakukan
olehnya selepas kalah besar 1-5 pada perlawanan pertama.
Tanpa
berselindung, Rajagobal berkata rahsia kejayaannya kerana memberikan
kepercayaan kepada pemain mudanya dan menganggap kekalahan pertama itu sebagai
proses kematangan. Utusan
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1230&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz5dFVZF18j
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan