ARKIB :
06/01/2011
Safee Sali
IPOH -
Kerajaan negeri mengumumkan pemberian imbuhan RM10,000 kepada penyerang
kebangsaan, Mohd. Safee Sali ekoran aksi cemerlangnya sehingga membantu
Malaysia muncul juara Piala Suzuki AFF dan dinobat Penjaring Terbanyak
kejohanan tersebut, baru-baru ini.
Menteri Besar,
Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, dua lagi anak Perak iaitu Mohd.
Sabree Mat Abu dan Mohamad Fadhli Mohd. Shas pula akan menerima ganjaran
RM5,000 seorang.
"Pemberian
imbuhan akan dibuat secepat mungkin sebagai menghargai sumbangan mereka.
Sememangnya rakyat negeri Perak berbangga dengan kejayaan tersebut.
"Saya
berhasrat untuk berjumpa dengan ketiga-tiga pemain tersebut di negeri ini dan
kita mungkin akan membuat satu majlis menyambut kepulangan mereka,"
katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini,
semalam.
Dalam pada
itu, beliau berkata, berdasarkan rekod Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan
Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), keluarga Mohd. Safee berasal dari Behrang
dan kini menetap di Tapah.
Menurut
beliau, sebelum Mohd. Safee berpindah ke Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), dia
dikatakan pernah bersekolah di SMK Gunung Rapat, di sini.
Mohd. Sabree
pula merupakan anak kelahiran Parit Buntar dan bapanya merupakan tukang kebun
di SMK Seri Perak di sana.
Beliau
berkata, Mohamad Fadhli pula merupakan anak kepada seorang anggota Tentera Laut
Diraja Malaysia (TLDM) yang dilahirkan di Lumut.
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz5dKnT1Eys
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan