ARKIB : 04/05/2011
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my
PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
bersedia memujuk kelab Pelita Jaya bagi melepaskan khidmat penyerang tersohor
negara pada masa ini, Safee Sali pada perlawanan persahabatan menentang Hong
Kong pada 3 Jun ini.
Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad
pihak FAM akan menggunakan dua cara meminta Pelita Jaya memberikan lampu hijau
buat Safee beraksi bersama skuad negara.
''Pertama, kami telah mengutus surat kepada Pelita
Jaya pada 29 April lalu dengan meminta mereka beri kebenaran buat Safee pulang
ke Kuala Lumpur pada 1 Jun sebelum pulang ke Bandung, 4 Jun nanti.
''Kami ada juga memberikan rujukan jadual
perjalanan bagi Safee bagi kempen kelayakan Piala Dunia 2014 apabila berdepan
Taiwan pada 3 Julai," katanya pada majlis Taklimat Untuk Media di Wisma
FAM, semalam.
Turut hadir dua Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin
Mohd. Amin dan Datuk Subahan Kamal yang juga Pengerusi Jawatankuasa Media FAM.
Selain itu, Azzuddin berkata, beliau berharap
Hamidin dapat menggunakan budi bicaranya memujuk Pelita Jaya memberi pelepasan
kepada Safee agar kembali ke tanah air.
''Hubungan Datuk Hamidin dan Pelita Jaya amat erat
semenjak terlibat dalam urusan perpindahan Safee tempoh hari dan saya yakin itu
dapat memujuk pihak Pelita Jaya," ujarnya.
Namun, Pelita Jaya sudah tentu keberatan melepaskan
Safee begitu sahaja kerana pada 5 Jun nanti, kelab itu bakal menghadapi
perhitungan penting menentang Persija Jakarta di Stadium Gelora Bung Karno.
Mengikut syarat teknikal yang dikeluarkan oleh
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), sebuah pemain tidak boleh beraksi
dalam tempoh 48 jam dan perlu berehat selama dua hari.
Safee sebelum ini pernah berkata yang dia dalam
dilema untuk memilih sama ada mahu beraksi bersama skuad kebangsaan atau
membantu kelabnya di Indonesia.
Ujarnya, dia tidak keberatan kembali beraksi dengan
skuad negara menentang Hong Kong, namun harus memastikan ketiadaannya tidak
menjejaskan kelab yang diwakilinya itu.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0504&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz5e9b4kvte
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan