Khamis, 24 Januari 2019

Safee pasang impian beraksi di Australia


ARKIB : 12/02/2011
 
SAFEE Sali melayani peminat secara maya di ruangan khas Utusan Online, Jom Chat bersama Safee di Shah Alam, semalam.

KUALA LUMPUR - Selain bermain di kelab Indonesia, Pelita Jaya, penyerang sensasi bola sepak kebangsaan, Mohd. Safee Mohd. Sali turut menanam hasrat untuk beraksi dalam liga di Australia.

Itu yang diluahkan Mohd. Safee ketika malayan mesej peminatnya di ruangan khas Utusan Online, Jom Chat bersama Safee Sali semalam.

Menurut Mohd. Safee, hasrat untuk beraksi di Australia adalah untuk meluaskan lagi pengalamannya sebagai seorang pemain yang mampu menjulang nama negara di peringkat yang lebih tinggi.

Malah pemain Selangor itu turut berminat beraksi dalam Liga J sekiranya dapat beri peluang selain mengharap peminat mendoakan kejayaannya pada masa akan datang.

''Saya nak naikkan nama Malaysia terutama di Indonesia dahulu dan apa yang penting saya dapat bermain daripada duduk di bangku simpanan,'' jelas Mohd. Safee.

Sementara itu, pada perlawanan Liga Super antara Selangor menentang Kuala Lumpur malam ini, pemain itu turut berharap pasukannya mampu memperoleh kemenangan selesa.
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz5dX3gZxh3
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan