ARKIB :
06/03/2011
Daripada
SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my
SAFEE Sali
(dua dari kiri) merembat bola melepasi jangkauan penjaga gol Sriwijaya di
hadapan lebih 6,000 penonton di Stadium Singaperbangsa dekat Karawang, Jawa
Barat, semalam. Pelita Jaya menang 1-0. - MINGGUAN/ SAHARUDIN MUSTAFA
KARAWANG, Jawa
Barat - Mohd. Safee Mohd. Sali tidak perlu menunggu lama untuk meledak gol
kemenangan kelab barunya Pelita Jaya dalam aksi sulungnya, semalam.
Safee membuka
gelanggang dengan langkah kanan menerusi jaringan tunggal perlawanan yang
menggegar sorakan peminat pada minit ke-62.
Percubaan
kedua bekas penyerang Selangor itu untuk menambah jaringan 11 minit kemudian
bagaimanapun tersasar meskipun kedudukannya agak selesa di depan gawang.
Gol tunggal
Safee, semalam sekali gus melengkapkan rekod peribadinya kepada 110 gol sejak
mula terlibat sebagai pemain bola sepak profesional pada tahun 2003.
Apa yang
menarik, rentak permainan Safee semalam berjaya memberikan tekanan pada pasukan
lawan sehingga ke wisel penamat.
Safee yang
beraksi cemerlang pada perlawanan menentang Sriwijaya juga mendapat sorakan
gemuruh lebih 6,000 penonton yang memenuhi Stadium Singaperbangsa di sini.
Ternyata
kehadiran Safee diterima baik oleh penggemar bola sepak negara ini sehinggakan
pada satu ketika namanya bergema di seluruh stadium.
Pemain itu
direhatkan daripada bermain ketika perlawanan memasuki minit ke-84.
Dalam pada
itu, Safee ketika ditemui mengakui dia masih berusaha menyesuaikan diri dengan
persekitaran tempat baru.
Katanya, fokus
utamanya pada masa ini ialah meningkatkan pergerakan ketika beraksi kerana
corak permainan di sini sama sekali berbeza dengan di Malaysia.
Safee juga
menyatakan rasa bangga kerana muncul sebagai wira di padang apabila
menjaringkan gol sulung membantu Kelab Pelita Jaya meraih kemenangan pada
perlawanan menentang Kelab Sriwijaya.
"Syukur
Alhamdulillah saya dapat menjaringkan gol pada masa kedua dan dapat membantu
kelab saya meraih kemenangan menerusi tiga mata kemenangan," katanya
kepada wartawan Malaysia.
Bersama Kelab
Pelita Jaya, Safee menyarung jersi bernombor 55 yang membawa dua maksud yang
cukup bermakna dalam dirinya.
Angka 55
katanya, membawa pengertian jumlah angka 10 seandainya kedua-dua nombor itu
ditambah yang sekali gus bermaksud nombor jersi 10 yang sering digunakan
sebelum ini.
"Nombor
itu juga ada kena mengena dengan nama saya Safee Sali. Nombor 55 jika dilihat
secara spontan seperti huruf SS," jelas Safee mengenai rasional dia
menyarung jersi merah bernombor 55 itu. - mingguan
SUMBERArtikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0306&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz5doyQEmIN
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan