Selasa, 15 Ogos 2017

biografi Safee Sali



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Mohd. Safee Sali dilahirkan pada 29 Januari 1984. Mempunyai ketinggian 171 cm dan berat 72 kg. Pendidikan SPM dan berasal dari Kajang, Selangor. Susuk tubuhnya tegap dan mantap. Memulakan penglibatan dalam bolasepak dengan menyertai skuad Kuala Lumpur bawah 14 untuk Piala Nike. Tamat sahaja tingkatan 5 beliau menyertai skuad Kuala Lumpur Bawah 18 tahun Piala Milo dan seterusnya pada tahun 2002 beliau diserap dalam skuad utama Kuala Lumpur.[1]

      Pada tahun 2006 Safee Sali menjalani pembedahan di Hospital Pantai Pandan Indah kerana menjalani pembedahan lutut kirinya akibat kecederaan putus urat ligamen.[2] Pada tahun 2006, Safee menjaringkan 11 gol Liga.Beliau diberi gelaran Super Mokh oleh pengurus pasukan Sarawak Kapten Gulzar Mohammad.[3]


[1] Safee Sali Bintangnya Semakin Menyinar, Arena Bolasepak, 1 September 2006, hlm.15.
[2] Pembedahan Ligamen Safee Sali Rehat Enam Bulan, Arena Bolasepak, 15 September 2006, hlm.28.
[3] Ibid., hlm.28