Rabu, 21 Februari 2018 | 6:24pm
PENYERANG PKNS FC Safee Sali
berharap status pemain kacukan bukan tiket automatik untuk seseorang pemain itu
menyarung jersi kebangsaan. - Foto Aswadi Alias
Jangan taasub dengan pemain
kacukan
Oleh Aziman Rosdi
aziman@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Penyerang berpengalaman Safee
Sali berharap status pemain kacukan bukan tiket automatik untuk seseorang
pemain itu menyarung jersi kebangsaan.
Dia berkata, pemilihan pemain
seharusnya dinilai daripada prestasi dan bukan kerana pemain itu berdarah
campuran semata-mata.
"Pemain bola sepak bukan
ikut darah campuran atau tidak, tapi kemampuan pemain itu membentuk kombinasi
yang baik dalam pasukan lebih utama.
"Jika pemain kacukan itu
mampu memberikan perubahan kepada pasukan kebangsaan, itu bagus tapi kalau
sekadar ingin mendapatkan hak kerakyatan dan tiada kesungguhan untuk mewakili
negara pada saya ia hanya sia-sia. Lebih baik peluang itu diberikan kepada
pemain tempatan, ada ramai lagi yang bagus," katanya.
Lambakan pemain kacukan yang kini
membanjiri Liga Malaysia dijangka akan mencetuskan angin perubahan baru dalam
skuad kebangsaan.
Ketika ini terdapat 14 pemain
kelahiran luar negara yang mempunyai pertalian darah di negara ini diberikan
hak kerakyatan dan boleh dipanggil pada bila-bila masa oleh jurulatih
kebangsaan Tan Cheng Hoe. Antaranya La-Vere Corbin-Ong, Natxo Insa, Curran Ferns
dan Daniel Ting.
Ketika ini hanya Matthew Davies
(14 kap), Darren Lok (9), Brendan Gan (8), Kiko Insa (6), Khair Jones (4)
pernah mewakili skuad Harimau Malaya.
Menurut Safee yang pernah
dinobatkan penjaring terbanyak ketika membantu negara menjulang trofi Piala AFF
2010, kebanyakan pemain kacukan yang dimiliki negara ketika ini memiliki
kemampuan lebih kurang sama dengan pemain tempatan.
"Pada saya, hanya dua-tiga
pemain kacukan yang dilihat memiliki kualiti lebih baik berbanding pemain
tempatan dan yang lain saya fikir lebih kurang sama saja.
"Kita tak boleh terlalu
taasub dengan pemain kacukan, jika mereka benar bagus, tiada masalah untuk
menyertai skuad kebangsaan. Kita boleh lihat, Indonesia, Singapura yang
memiliki pemain naturalisasi tapi belum lagi boleh pergi jauh. Sedangkan
Thailand yang lebih ramai pemain tempatan nampak lebih bagus," kata Kapten
PKNS FC itu.
SUMBER-BERIA HARIAN ONLINE Rabu, 21 Februari 2018 | 6:24pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan