Rabu, 23 Januari 2019

Safee ke Indonesia minggu depan?


ARKIB : 19/01/2011
SHAH ALAM - Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Amin berjanji untuk memuktamadkan rundingan empat kelab Indonesia dalam mendapatkan khidmat penyerangnya, Safee Sali selewat-lewatnya minggu depan.

Katanya, ia berikutan minat yang tinggi ditunjukkan pengurusan keempat-empat kelab itu dengan ada yang menghantar pengurus pasukan, setiausaha dan bendahari, malah wartawan yang sanggup datang sendiri mengadakan rundingan.

"Hanya satu daripada empat kelab itu yang membuat tawaran yang dianggap munasabah dan sanggup membayar pampasan kepada FAS bagi menebus kontrak Safee dengan kami yang dijadualkan berakhir November ini.

"Ada antara kelab itu yang menawarkan kontrak enam bulan (bagi musim ISL yang berakhir awal Julai ini), ada yang turut bagi tempoh setahun dan ada yang sehingga satu setengah tahun.

"Kesemuanya bagus dan teratas dalam ISL serta diiktiraf PSSI (Persekutuan Sepak Bola Seluruh Indonesia)," katanya yang enggan mendedahkan identiti kelab itu, sebaliknya sekadar mengakui Persib Bandung merupakan antara yang disebut-sebut dalam laporan media sebelum ini.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran jersi baru skuad Selangor di Stadium Malawati di sini, semalam.

Sementara itu, K. Devan berkata, dia perlu menyiapkan pemain lain untuk menggantikan Safee jika muktamad pemain itu ke kelab lain.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_12.htm#ixzz5dQyDqvh6
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan