Khamis, 27 Oktober 2016

Tekad tutup mulut pengkritik

Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
 
Kelana Jaya: Pemenang Kasut Emas Piala AFF 2010 Safee Sali bertekad untuk memastikan penampilan terakhirnya di saingan berprestij Asia Tenggara itu berakhir dengan kenangan manis sebelum bersara daripada arena antarabangsa.

Dia yang kini berusia 32 tahun, mengakui faktor usia dan kecederaan sebelum ini banyak mengubah gaya permainannya, berbeza apabila sering menjadi igauan penjaga gol lawan ketika zaman kemuncaknya enam tahun lalu.


Namun, penyerang Johor Darul Ta’zim (Johor DT) itu yang kembali ke pangkuan pasukan Harimau Malaysia mahu dijadikan Piala AFF sebagai medan untuk menutup mulut pengkritik yang mempertikaikan kehadirannya dalam skuad negara.

“Pertama sekali saya bangga kerana tersenarai selepas hampir setahun tidak dipanggil. Sebagai pemain saya perlu menjalankan tanggungjawab untuk naikkan nama negara walau apa cara sekalipun.

“Memang ada yang mempertikaikan kerana dalam skuad Johor DT saya sekadar pemain simpanan. Bagi saya, komen itu ada yang baik dan buruk. Jadi saya hanya ambil yang positif dan tinggalkan komen negatif.

“Mereka (pengkritik) tidak peduli apa yang pemain tempatan rasakan dalam liga (Liga Super) kerana memang peluang untuk bermain agak sukar akibat dimonopoli pemain import.

“Bagi saya, siapa yang dipanggil (menyertai pasukan negara) tentu berdasarkan kriteria jurulatih. Jadi saya yakin jurulatih (Datuk Ong Kim Swee) memang percayakan keupayaan saya,” katanya pada sesi latihan pasukan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di sini, semalam.

Jelasnya, dia gembira dapat bergandingan dengan Norshahrul Idlan Talaha kerana mereka pernah dilabel antara gandingan penyerang terbaik rantau ini.

“Saya gembira dapat bekerjasama dengan Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) kerana selalunya apabila kami bermain bersama, keputusan baik dicapai.

“Jadi, saya harap dengan latihan di sini, kami akan cepat menemui semula keserasian yang hilang,” katanya.
Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Oktober 2016 @ 8:51 AM


Ahad, 23 Oktober 2016

KAPS PEMAIN BOLA SEPAK MALAYSIA SEHINGGA 23 OKTOBER 2016

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB


BIL
NAMA
UMUR
KAPS
GOL
1
SAFEE SALI
32
70
23
2
MOHD AMRI YAHYAH
35
61
12
3
NORSAHRUL IDLAN
30
55
6
4
MOHAMAD FADHLI MOHD SHAS
25
52
0
5
BADDROL BAKHTIAR
28
45
6
6
KHAIRUL FAHMI CHE MAT
27
40
0
7
MOHAMAD ZAQUAN ADHA
29
29
4
8
AHMAD FAKRI SAARANI
27
28
2
9
AHMAD HAZWAN BAKRI
25
16
6
10
RONNY HARUN
32
12
0
11
SHAHROM KALAM
31
9
0
12
MATTHEW THOMAS DAVIES
21
08
0
13
SHAHRUL MOHD SAAD
23
05
0
14
MOHD KHAIRULAZHAN KHALID
27
05
0
15
NAZIRUL NAIM CHE HASHIM
23
4
0
16
NASIR BASHARUDDIN
26
4
0
17
HADIN AZMAN
22
2
1
18
MUHAMMAD SAFAWI RASID
19
02
0
19
MOHD IRFAN FAZAIL
25
02
0
20
KHAIRUL HELMI JOHARI
28
2
0
21
VEENOD A/L SUBRAMANIAM
28
01
0
22
RIZAL GHAZALI
23
1
0
23
KHUZAIMI PIE
22
1
0
24
SAZWAN ZAINON
26
1
0
25
DARREN LOK
25
1
0
26
M HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM J
23
00
0

Sabtu, 22 Oktober 2016

Lima keluar, Safee masuk

 
Safee disenarai dengan lima pemain lain digugurkan. FOTO NSTP
Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pengendali Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee membuat keputusan mengejut dengan memanggil semula penyerang senior Mohd Safee Sali bagi memperkuatkan pasukan untuk menghadapi kempen Piala AFF 2016 di Yangon, Myanmar bulan depan.

Daripada 26 pemain yang disenaraikan bagi kem latihan pusat terakhir bermula 25 Oktober, Safee, 32, pemenang kasut emas Piala AFF 2010 adalah pemain baru daripada 30 pemain yang diuji Kim Swee dalam aksi persahabatan dengan Singapura dan Afghanistan sebelum ini.


Lima pemain yang digugurkan untuk kem latihan itu adalah dua pemain PDRM, Abdul Latiff Suhaimi dan Fakrul Aiman Sidid serta Adam Nor Azlin (Selangor), Fazrul Hazli Kadri (Perak) dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (JDT).

Seramai 18 pemain daripada senarai itu diminta untuk melaporkan diri pada 25 Oktober manakala baki 8 pemain yang terlibat dengan Final Piala Malaysia 2016 antara Selangor dan Kedah pada 30 Oktober perlu melapor diri pada Selasa, 1 November 2016.

Seterusnya barisan 26 pemain skuad Harimau Malaysia itu akan ke Port Dickson, Negeri Sembilan dari 2 hingga 4 November bagi kem bina semangat sebelum kembali meneruskan kem latihan di Wisma FAM pada 5 November termasuk menghadapi satu perlawanan antarabangsa bertemu pasukan ranking ke-159 dunia, Papua New Guinea di Stadium Shah Alam pada Isnin, 14 November 2016.

Selepas itu, senarai 23 pemain terakhir dipilih Kim Swee akan diumumkan dan mereka dijadual berlepas ke Yangon, Myanmar pada 16 November untuk menghadapi saingan Kumpulan B, Piala Suzuki AFF 2016 bertemu pasukan juara pusingan kelayakan pada 20 November, Vietnam pada 23 November dan tuan rumah, Myanmar pada 26 November.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Oktober 2016 @ 5:47 PM

Safee Sali kembali tersenarai dalam skuad Harimau Malaysia

21 Oktober 2016 6:57 PM
Safee Sali
Safee Sali
KUALA LUMPUR 21 Okt. - Pemain senior, Safee Sali kembali tersenarai menjalani kem latihan pusat untuk memperkuatkan jentera serangan skuad Harimau Malaysia bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa bulan depan.

Jurulatih Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee dalam kenyataan hari ini berkata, hanya menyenaraikan Safee untuk menyertai 25 pemain lain yang telah dipanggil menyertai kem latihan pusat, sebelum ini.

Pemain berusia 32 tahun itu pernah memenangi Anugerah Kasut Emas selaku penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki 2010 dengan lima gol.

"Tiada perubahan senarai pemain sebelum ini kecuali penambahan Safee untuk memperkuatkan barisan serangan terutama pengalaman dan reputasi dimilikinya, bukan saja dalam padang tetapi mampu membimbing pemain-pemain muda.

"Biarpun kita tahu Safee jarang beraksi bersama kelabnya tapi kita mempunyai tempoh dua minggu latihan pusat yang memberi ruang untuk saya memperbaiki segala kelemahan bukan saja pada Safee tetapi juga pemain-pemain lain," katanya.

Kim Swee berkata, beliau terpaksa mengekalkan pemain sedia ada dalam senarai 30 pemain sebelum ini, kerana kesuntukan masa untuk mengenal pasti pemain lain.

Lima pemain yang telah digugurkan adalah dua pemain Polis Diraja Malaysia, Abdul Latiff Suhaimi dan Fakrul Aiman Sidid; Adam Nor Azlin (Selangor), Fazrul Hazli Kadri (Perak) dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (JDT).

Seramai 18 pemain dalam senarai itu, diminta melaporkan diri pada Selasa depan, manakala baki lapan pemain Selangor dan Kedah yang terlibat dengan final Piala Malaysia 2016 pada 30 Okt, perlu melaporkan diri pada 1 Nov.

Sebanyak 26 pemain skuad Harimau Malaysia akan 'berkampung' di Port Dickson dari 2 hingga 4 November bagi mengikuti kem bina semangat, sebelum kembali meneruskan kem latihan pusat di Wisma FAM pada 5 November.

Kim Swee berkata, beliau akan mengumumkan senarai akhir 23 pemain yang terpilih selepas perlawanan persahabatan antarabangsa 'A' bertemu pasukan ranking ke-159 dunia, Papua New Guinea di Stadium Shah Alam pada 14 November.

"Bagi saya, satu perlawanan persahabatan mencukupi memandangkan tempoh masa yang terhad. Saya ingin menumpukan kepada sesi latihan dan perlawanan ini penting untuk saya membentuk corak permainan sebelum kita memulakan kempen Piala AFF Suzuki 2016," katanya.

Skuad negara akan berlepas ke Yangon, Myanmar pada 16 Nov untuk menghadapi saingan Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2016 bertemu juara pusingan kelayakan pada 20 Nov, berdepan Vietnam (23 Nov) dan tuan rumah, Myanmar pada 26 Nov, dengan kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Thuwunna YTC. Perlawanan separuh akhir pertama dijadual pada 3 dan 4 Dis, manakala separuh akhir kedua pada 7 dan 8 Dis, diikuti perlawanan akhir pertama pada 14 Disember dan perlawanan akhir kedua 17 Disember.

Kesemua perlawanan itu berlangsung secara timbal balik di gelanggang sendiri dan tempat lawan.

Malaysia yang pernah sekali bergelar juara Piala AFF Suzuki pada 2010 di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal, berjaya mara ke perlawanan akhir edisi 2014, namun skuad bimbingan Dollah Salleh itu tewas 3-4 menerusi agregat kepada juara empat kali, Thailand.-BERNAMA

Sumber-UTUSAN MALAYSIA ONLINE 21 Oktober 2016

Safee mampu bantu Harimau Malaysia - Kim Swee

JUMAAT, 21 OKTOBER 2016 @ 6:12 PM
Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

JURULATIH skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee. - Foto Osman Adnan KUALA LUMPUR: Jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee percaya reputasi dan pengalaman yang dimiliki Safee Sali mampu membantu mempertajamkan jentera serangan Harimau Malaysia.

Malah, jurulatih berusia 45 tahun itu turut yakin betapa penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) berkenaan dapat memperbaiki segala kelemahannya dalam tempoh dua minggu latihan bersama skuad Harimau Malaysia.

"Tiada perubahan daripada senarai pemain sebelum ini kecuali satu penambahan iaitu Safee di mana dia disenaraikan untuk memperkuatkan barisan serangan kita terutama pengalaman dan reputasi dimilikinya.

"Bukan saja dalam padang tetapi mampu membimbing pemain muda yang lain seperti Ahmad Hazwan Bakri di bahagian serangan. "Biarpun kita tahu Safee jarang beraksi bersama kelabnya (JDT), tapi kita mempunyai tempoh dua minggu latihan pusat di mana jadual latihan yang padat ini sudah tentu memberi ruang untuk saya memperbaiki segala kelemahan yang ada, bukan saja pada Safee tetapi pemain lain," katanya, hari ini.

Kim Swee mengumumkan senarai 26 pemain yang akan menyertai kem latihan pusat bermula Selasa ini dengan 25 daripada senarai 30 pemain yang bersama pasukan ketika perlawanan dengan Singapura dan Afghanistan pada 7 dan 11 Oktober lalu dikekalkan.

 Sementara itu, lima daripada senarai 30 pemain sebelum ini digugurkan termasuk dua tonggak PDRM, Abdul Latiff Suhaimi dan Fakrul Aiman Sidid serta Adam Nor Azlin (Selangor), Fazrul Hazli Kadri (Perak) dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (JDT). Bagaimanapun, Kim Swee akan menggugurkan tiga lagi pemain selepas latihan pusat itu nanti dan hanya 23 pemain yang akan di bawa ke Yangon, Myanmar untuk menghadapi aksi Kumpulan B saingan Piala AFF Suzuki bermula 19 November ini.


SUMBER-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/204528