Selasa, 27 September 2016

Safee ceria datang latihan

Harian Metro online
 
Johor Bahru: Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safee Sali masih hadir ke sesi latihan di Pusat Latihan di Padang Seri Gelam, Johor Bahru berikutan berita palsu mengenai kematiannya tersebar di laman sosial.

Harian Metro hari ini menafikan mengeluarkan laporan palsu mengenai kematian pemain bola sepak terbabit di akaun Facebook (FB) menggunakan nama Harian Metro News.

Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar berkata, apa yang dilakukan itu adalah tidak bertanggungjawab dan mengelirukan. FOTO NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 September 2016 @ 7:51 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan