Rabu, 9 Januari 2019

Safee enggan gantung but


Rabu, 19 Disember 2018 | 1:53pm
 
SAFEE Sali. - NSTP/Asyraf Hamzah
Safee enggan gantung but
Oleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Ketika sudah bergelar penyerang veteran pada usia 34 tahun namun penggempur baharu Perlis, Safee Sali dilihat masih bernafsu untuk terus mengintai peluang mewakili skuad kebangsaan.

Dengan menegaskan dia masih belum bersedia untuk menggantung but, Safee nyata mengharapkan pasukan baharunya itu dapat menjadi medan kebangkitan untuknya kembali menyinar dalam kancah bola sepak antarabangsa.

Meskipun beraksi dalam saingan divisyen dua musim depan namun bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu optimis untuk memikat hati pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe.

“Saya belum berputus asa dan belum bersara daripada menyertai skuad kebangsaan. Keinginan untuk mewakili skuad kebangsaan tetap ada sekiranya diberi peluang.

“Saya tetap optimis bersama Perlis yang mana saya akan cuba membuatkan pasukan kebangsaan tertarik dengan persembahan saya menerusi jaringan atau sumbangan saya untuk pasukan,” katanya ketika ditemui selepas diperkenalkan sebagai pemain baharu Perlis bagi musim 2019, semalam.

Bekas penyerang PKNS FC itu sah menyertai beberapa lagi nama besar lain seperti Badhri Radzi, Khyril Muhymeen Zambri dan Amiridzwan Taj sekali gus membuktikan betapa skuad Singa Utara itu benar-benar serius untuk kembali dalam peta bola sepak negara.

Sebagai rekod, kali terakhir Safee dipanggil menyertai skuad kebangsaan adalah pada 2017 ketika skuad negara di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Rabu, 19 Disember 2018 | 1:53pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan