ARKIB :
30/12/2010
Pemain
Malaysia, Safee Sali (kanan) meraikan bersama rakan sepasukan, S. Kunanlan
(tengah) dan Safiq Rahim selepas menjaringkan gol sewaktu menentang Indonesia
pada perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 di Jakarta, malam tadi. REUTERS
JAKARTA
Sejarah tercipta di bumi Stadium Gelora Bung Karno, buat pertama kali dalam
sejarah penganjuran Piala Suzuki AFF 2010 apabila Malaysia menjadi juara
walaupun tewas 1-2 kepada Indonesia dalam perlawanan akhir kedua untuk meraih
kemenangan melalui agregat 4-2, semalam.
Bertambah manis
anak didik K. Rajagobal berjaya melakukannya di hadapan 95,000 penyokong
fanatik Indonesia yang terpaksa menelan kepahitan bahawa Malaysia lebih berhak
merangkul kejuaraan edisi kelapan Piala Suzuki.
Ternyata
bekalan 3-0 yang dibawa dari Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu cukup
membantu kerana gol di tempat lawan yang dijaringkan oleh Safee Sali menjadi
faktor penting mematahkan api perjuangan Indonesia yang mahu mencipta jaringan
pendahuluan.
Bukan sekadar
itu, penyerang negara, Safee Sali dinobatkan selaku penjaring terbanyak
kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 dengan lima gol mengatasi pesaing terdekat,
Cristian Gonzales.
Gol tunggal
Malaysia dalam perlawanan ini diilhamkan daripada gerakan pantas Mohd. Ashari
Samsudin ketika Indonesia rancak menyerang dan pemain Terengganu itu melakukan
hantaran jauh yang disambut dengan baik oleh Safee Sali.
Safee dengan
tenang mengawal bola sebelum mendapat posisi terbaik melepaskan rembatan
kencang melalui kaki kiri menewaskan Markus Harison untuk memberikan gol
penting di tempat lawan.
Biarpun
Indonesia dengan mendapatkan dua jaringan pada minit ke-71 melalui Mohamad
Nasuha dan Muhammad Ridwan pada minit ke-87, ia sudah terlewat buat skuad
Garuda bangkit mengatasi Malaysia yang menang dengan kelebihan agregat 4-2.
Penjaga gol
Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat wajar diberikan pujian menggunung kerana
beraksi cemerlang menghalang hajat Indonesia memburu gol yang lebih besar
termasuk menyelamatkan sepakan penalti pada minit ke-18 yang diambil oleh Firma
Utina.
Walaupun
pertahanan negara yang dikemudi oleh Mohd. Muslim Ahmad dan Mohd. Fadhli Shas
bocor sebanyak dua kali, ketenangan dan kesungguhan semangat juang pemain
Malaysia bertahan jelas menjadi kunci utama kejayaan bersejarah Malaysia.
Apa yang
penting, kejayaan merangkul Piala Suzuki AFF akan menutup mulut media dan
peminat Indonesia yang tidak henti-henti melancarkan provokasi semenjak hari
pertama skuad Malaysia tiba di Jakarta.
Malahan,
sebelum perlawanan, mental pemain Malaysia didera habis-habisan oleh penyokong
tuan rumah yang menyebut perkataan Maling! Maling! dan membuat bising semasa
lagu kebangsaan Malaysia dimainkan.
Bertambah
pahit buat pihak Indonesia, ini merupakan kegagalan kali keempat buat Indonesia
selepas empat kali mencuba di pentas final.
Selain membawa
pulang trofi AFF, Malaysia meraih wang tunai sebanyak A$$100,000 sementara
Indonesia mendapat A$$ 50,000.
Pemain terbaik
kejohanan Piala Suzuki AFF dirangkul kapten Indonesia, Firman Utina. Utusan
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1230&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz5dFWHEwdr
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan