23/07/2011 9:39pm
KUALA LUMPUR 23 Julai Malaysia tewas 3-5 kepada
Singapura pada perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan
Besar, malam ini.
Malaysia membuka jaringan menerusi Safee Sali
seawal minit pertama permainan sebelum Singapura merobek gawang sebanyak empat
kali untuk kedudukan 4-1 pada babak pertama.
Ketinggalan 1-4 tidak melemahkan anak-anak buah
jurulatih Datuk K. Rajagobal yang kemudiannya bangkit untuk gol kedua daripada
Abdul Hadi Yahya sebelum Safee sekali lagi meledak jaringan ketiga untuk
kedudukan 3-4.
Kedudukan itu bagaimanapun tidak bertahan lama
apabila tuan rumah mengambil kesempatan daripada kealpaan pertahanan untuk menokok
gol kelima untuk 5-3 sehingga tamat perlawanan.
Pada perlawanan hari ini, Malaysia turut kehilangan
kapten pasukan, Safiq Rahim yang dilayangkan kad merah, manakala tuan rumah
juga kehilangan seorang pemain pertahanan. Utusan
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_35.htm#ixzz5eZxF0OFH
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan