MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my

SEGALA teka teki pemain pertama yang akan ‘cabut’ meninggalkan pasukan
Perlis akhirnya terjawab apabila penyerang sensasi mereka Safee Sali
mengesahkan tidak lagi meneruskan khidmat bersama Singa Utara.
Bekas penyerang Johor Darul Ta’zim itu dikhabarkan sudah disambar pasukan
Liga Super yang berpangkalan di Lembah Klang dan keputusan yang diambil itu
demi masa depannya apabila melihat Singa Utara semakin hilang arah.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Safee ketika ditemui pada sesi latihan
bersama Perlis di Universiti Malaya (UM) hari ini, apabila dia mengucapkan
salam terakhir kepada pemain Singa Utara sebelum meninggalkan pasukan
berkenaan.
Katanya, keputusan tekad meninggalkan Perlis diambil selepas berbincang
dengan ahli keluarga bagi menentukan hala tuju masa depannya apabila mengalami
masalah tunggakan gaji sebelum ini.
“Setakat ini saya tidak mahu mengumumkan pasukan mana yang akan diwakili
namun ia berpangkalan di Lembah Klang dan keputusan itu dilakukan demi masa
depan saya.
“Saya tidak boleh buat sebarang penjelasan secara terperinci namun apa yang
boleh sahkan akan bermain untuk pasukan lain sebelum tarikh tutup pendaftaran
pemain berakhir,” katanya, ketika ditemui selepas tamat sesi latihan pasukan
Perlis di UM, hari ini.
Perlis dihimpit pelbagai isu apabila gagal menyelesaikan tunggakan gaji
hingga timbul pelbagai spekulasi bahawa pemain mereka bakal angkat kaki.
Bekas penyerang kebangsaan itu turut mengakui menerima lebih lima tawaran
termasuklah daripada pasukan ternama selepas mengetahui dia menghadapi masalah
tunggakan gaji.
“Saya boleh katakan Safee masih lagi laku apabila ada banyak pihak
termasuklah pasukan Selangor, PJ City, Kelantan dan UiTM yang menyatakan minat
serta kesediaan untuk mengambil saya.
“Namun, saya perlulah menghormati kontrak ketika bersama Perlis dan tidak
boleh mengambil sebarang keputusan terburu-buru,”katanya.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Februari 2019 @ 7:15 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan