MOHAMAD FIRDAUS ABDULLAH
03 Februari 2019 11:14 PM

Perlis
Penyerang Perlis, Safee Sali cuba melepasi pemain UKM FC, Faiz Hanif pada
perlawanan Liga Perdana di Stadium Kuala Lumpur, disini, hari ini.
KUALA LUMPUR - Pasukan Perlis yang di himpit kemelut tunggakan gaji pemain
terus di landa dengan kesedihan selepas tewas 1-2 kepada Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM FC) di Stadium Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.
Terdahulu, kem pasukan Perlis ditiup dengan pelbagai provokasi serta
beberapa pemainnya sendiri ingin meninggalkan pasukan sekiranya mereka gagal
menerima bayaran gaji selepas aksi pertama.
Bagaimanapun, skuad Singa Utara dilihat tetap mempamerkan aksi bertenaga
apabila hampir menemui gol awal, namun sepakan percuma Mohd Nazrin Syamsul
Bahri sedikit melewati palang pada minit kedua perlawanan.
Asakan demi asakan yang dilancarkan
skuad Perlis namun berpunca daripada kesilapan barisan pertahanannya,
penyerang UKM FC, Faiz Hanif Adnan berjaya menemui gol pembukaan menerusi
serangan balas pantas minit ke-21.
Bersambung babak kedua, UKM FC yang jarang dihidangkan peluang tetap mampu
menggunakan kelebihannya untuk melengkapkan gol kedua mereka hasil sentuhan Wan
Mohammad Faiz Wan Sulaiman minit ke-55 perlawanan.
Tersentak gol tersebut, wakil utara tanah air tersebut tidak menunggu lama
mengatur gerakan untuk kembali bangkit merapatkan kedudukan selepas Valvci
Teixeira Junior berjaya memanfaatkan hantaran lintang Mohd Nazrin Syamsul Bahri
berselang enam minit kemudian.
Bagaimanapun idea skuad kendalian Manzoor Azwira Abd. Wahid terutamanya
yang diketuai Safee Sali di bahagian serangan tetap tidak menjadi pada
minit-minit akhir perlawanan sekali gus Perlis terpaksa menerima keputusan
tersebut yang kekal hingga tamat perlawanan. - K! ONLINE ONLINE Isnin,
4 Februari 2019 | 12:19am
Tiada ulasan:
Catat Ulasan