MOHAMAD FIRDAUS ABDULLAH
18 Februari 2019 9:55 PM
Safee
Safee enggan kemelut yang melanda Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) terus
menjadi titik hitam dalam kariernya.
KUALA LUMPUR - Bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali sah
meninggalkan Perlis selepas pasukan tersebut terus gagal melunaskan tunggakan
gaji para pemainnya.
Keputusan tersebut diambil ekoran pemain berusia 35 tahun tersebut enggan
kemelut yang melanda Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) terus menjadi titik
hitam dalam kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.
“Memang sah saya telah meninggalkan pasukan Perlis dan ia merupakan
keputusan peribadi.
“Saya telah berfikir secara mendalam sebelum membuat keputusan seperti ini
biarpun saya berada pada pihak yang benar.
“Malah, ia tidak menjadi masalah kepada saya untuk angkat kaki dari pasukan
Perlis kerana jika ikut kontrak secara automatik ia sudah terbatal ekoran PFA
gagal membayar gaji saya selepas dua bulan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!
Online sebentar tadi. - K! ONLINE 18 Februari 2019 9:55 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan