Selasa, 27
November 2018 | 7:21pm

SAFEE Sali
(kanan) dan Norshahrul Idlan Talaha.
'Leburkan
rekod kami Mat Yo'
Oleh Aziman
Rosdi
aziman@nstp.com.my
KUALA LUMPUR:
Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali berharap Norshahrul Idlan Talaha dapat
mengekalkan naluri pemusnahnya bagi meleburkan rekod jaringan terbanyak pemain
tempatan dalam kempen Piala AFF.
Setakat ini
Norshahrul atau turut dikenali sebagai Mat Yo sudah mengumpul lapan gol dengan
empat gol dihasilkan dalam kempen tahun ini untuk menghampiri rekod jaringan
terbanyak yang dipegang Safee dan Indra Putra Mahayuddin dengan sembilan gol.
Safee yang
muncul penjaring terbanyak ketika Malaysia muncul juara buat kali pertama dan
terakhir pada 2010 menerusi ledakan lima gol percaya, Norshahrul boleh
melakukannya apabila turun menentang Thailand dalam aksi timbal balik separuh
akhir bermula Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
"Saya
harap Mat Yo dapat meleburkan rekod jaringan kami itu sekali gus dapat membawa
Malaysia ke final. Saya percaya dia boleh melakukannya kerana dia kini berada
di prestasi terbaik," katanya ketika dihubungi Sukan NSTP hari ini.
Safee, 34,
pernah membentuk gandingan digeruni bersama Norshahrul selama beberapa tahun
namun kali ini, bekas pemain PKNS FC itu tidak berada dalam perancangan
jurulatih Tan Cheng Hoe.
Menurut pemain
kelahiran Selangor itu, dia agak terkejut dengan kebangkitan yang ditunjukkan
Norshahrul biarpun terpaksa bersaing dengan beberapa penyerang muda dalam
pasukan.
"Agak
terkejut dengan prestasi Mat Yo kerana dalam saingan Liga Malaysia, prestasinya
tidak begitu menyerlah tapi akhir-akhir ini dia berjaya membuktikan
kemampuannya. Namun kelebihan yang ada pada Mat Yo adalah kelincahan dan naluri
pemusnahnya.”
Safee antara
pemain yang beraksi dalam pasukan yang menewaskan Thailand 3-2 pada final Piala
AFF 2014 di Bukit Jalil namun dikecewakan dengan keputusan agregat 4-3.
"Walaupun
Thailand kita akui pasukan yang hebat, tapi kita tidak perlu terlalu memikirkan
sangat mengenai mereka. Apa yang penting kita fokus kepada pasukan kita sendiri
dan mengikut perancangan yang diatur jurulatih," jelasnya.
SUMBER-BERITA
HARIAN ONLINE Selasa, 27 November 2018 | 7:21pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan