ARKIB : 27/07/2011
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Penyerang kebangsaan, Safee Sali (kanan) berbual
dengan penyerang SIngapura, Aleksandar Duric ketika kedua-dua pemain bertemu di
Kuala Lumpur, semalam.
PETALING JAYA Bos Harimau Malaya, Datuk K.
Rajagobal menuntut pemain mengekalkan fokus jika mendahului pasukan lawan,
apabila bertemu Singapura pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia, esok.
Menurutnya, sindrom gagal mengekalkan rentak
selepas mendahului lawan harus dielakkan jika mahu meneruskan kemaraan.
Para pemain harus berada pada tahap tumpuan yang
tinggi sepanjang 90 minit perlawanan, malah lebih daripada itu walaupun kita
mendahului lawan.
Pemain tidak boleh terlalu leka dan jangan biarkan
fokus hilang jika berhasrat mahu membenam Singapura nanti, katanya selepas
mengiringi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek melawat sesi
latihan skuad negara di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Alpa selepas mendahului lawan terserlah ketika
Malaysia menentang Taiwan di Taipei, di mana selepas Malaysia mendahului 1-0
hasil jaringan Aidil Zafuan Abdil Razak, pemain bergelut mengawal rentak
perlawanan walaupun mendahului dua kali sebelum akhirnya tewas 2-3.
Pada aksi di Singapura Sabtu lalu, gol pembukaan
Safee Sali selepas 25 saat perlawanan, tidak banyak membantu Harimau Malaya
apabila kecundang 3-5.
Tambah Rajagobal, setelah mengkaji kelemahan pada
pertemuan pertama, beliau percaya pemain sudah bersedia untuk menebus segala
kesilapan.
Kita masih ada 90 minit lagi, ini sikap positif
yang kita harus ada jika mahu melayakkan diri ke peringkat seterusnya,
katanya.
Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0727&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz5ecO5qb8s
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan