ARKIB : 17/07/2011

Gaya Safee Sali meraikan jaringannya ketika
menentang Liverpool semalam.
KUALA LUMPUR - 'Harimau Berantai' Harimau Malaya,
Safee Sali yang menyumbat dua gol ketika menentang Liverpool, semalam, tidak
menyangka dapat menewaskan gawang lawan yang dikawal Martin Hansen pada babak
kedua.
Pemain kelahiran Kajang, Selangor ini juga mengakui
kemampuan luar biasanya mungkin ada kena-mengena dengan pendiriannya sebagai
penyokong setia musuh ketat The Reds dalam Liga Perdana England, Manchester
United.
"Saya tidak sangka dapat dua gol, mungkin juga
kerana sebagai penyokong setia MU, ia semacam perangsang tambahan dalam
perlawanan tadi. Gol ini bagaimanapun tetap datangnya daripada kerja
sepasukan," katanya yang mengakhiri kemarau gol antarabangsa dengan Malaysia
sejak Piala Suzuki AFF, tahun lalu.
Safee yang kini mewakili Pelita Jaya Indonesia,
menyambar percubaan awal sayap kanan Malaysia, Amirulhadi Zainal untuk
menewaskan Hansen yang hanya sempat menguis bola sedikit dalam kotak penalti.
Gol keduanya pula terhasil daripada umpanan tepat
jarak jauh pemain Kelantan, Rizal Fahmi Rosid yang menggamatkan sorakan 80,000
penonton di Stadium Nasional.
Sementara itu, ketua pasukan negara, Safiq Rahim
menyifatkan mereka sepasukan sudah di tahap persediaan yang tepat apabila
bertandang ke Stadium Jalan Besar, Singapura pada 23 Julai ini bagi perlawanan
pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014.
"Kami yakin kami sudah bersedia menentang
Singapura walaupun ada beberapa kesilapan pertahanan yang dihukum Liverpool untuk
gol mudah mereka," katanya, yang menjaringkan gol pembukaan Malaysia.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz5eZEiuEq0
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan