Safee Sali
“KEMENANGAN Selangor bukan
disebabkan faktor individu, tetapi kerana pemain bermain secara berpasukan,”
lapor DRAHMAN BAHAROM.
Demikian tegas penyerang
sensasi Selangor, Safee Sali ketika mengulas mengenai kejayaan pasukannya
membelasah Polis Diraja Malaysia (PDRM) 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium
Shah Alam malam kelmarin.
Safee muncul wira skuad Gergasi
Merah apabila meledak hatrik pada perlawanan itu yang banyak dikuasai tuan
rumah.
Menurut Safee, gandingannya
bersama penyerang import, Frank Seator semakin menunjukkan peningkatan.
“Selepas empat perlawanan
bersama, saya rasa gandingan kami semakin mantap.
“Selain itu, kerjasama daripada
semua pemain amat penting kerana ia menjadi antara kunci kejayaan kami,” kata
Safee kepada KOSMO! semalam.
PDRM mendahului pada minit
ketujuh apabila pemain import, Hillary Echesa menjaringkan gol pembukaan.
Namun, jaringan itu tidak
melemahkan Selangor yang tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila
Safee menemui sasaran pada minit ke-14.
Safee sekali bertindak
cemerlang apabila meletakkan Selangor di hadapan pada minit ke-28 sebelum dia
melengkapkan hatrik sembilan minit kemudian.
Akmal Rizal Rakhli melengkapkan
malam gemilang Selangor dengan menjaringkan gol keempat tuan rumah pada
minit-minit terakhir perlawanan.
Safee berkata, beberapa
kesilapan yang dilakukan pemain pertahanan PDRM memberi peluang kepadanya untuk
menjaringkan gol.
“Aksi barisan pertahanan PDRM
kurang menyerlah, membuatkan kami mudah menjaringkan gol pada perlawanan itu,”
katanya.
Katanya, dia berharap Selangor
mengekalkan rentak kemenangan untuk terus mengukuhkan kedudukan mereka.
Selangor yang berada di tangga
kedua liga kini berkongsi 16 mata dengan Kedah yang masih mendahului liga,
namun kedua-dua pasukan hanya dibezakan dengan jaringan gol.
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4w8GjlHxq
Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan