MyMetroNode
Rosdi
aziman@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Jaringan gol ketika
membantu PKNS FC menewaskan Selangor 5-3 dalam aksi Liga Super kelmarin mungkin
memberi isyarat awal Safee Sali sudah kembali.
Ia gol yang agak lama dalam
saingan liga dinantikan penyerang berusia 33 tahun itu selepas kali terakhir
dia mencetak nama selaku penjaring ketika bersama Johor Darul Ta’zim (Johor DT)
pada Mei lalu.
Ia juga gol pertama dalam tiga
perlawanan bagi Safee bersama kelab baru PKNS yang tumpas dalam dua perlawanan
awal 0-1 di tangan FELDA United dan Kelantan 1-3.
Bagi pemain kebangsaan itu, dia
masih lagi mencari sentuhan berbisanya dan kemenangan yang diraih ke atas bekas
pasukan Selangor memberi suntikan keyakinan kepadanya.
“Saya gembira kerana PKNS menang
bukan sebab saya menjaringkan gol. Perlawanan ini penting untuk moral pasukan
PKNS. Bagi diri saya pula, jaringan yang saya lakukan memberi keyakinan kepada
saya tapi yang penting saya kena berusaha keras lagi,” katanya ketika ditemui
selepas perlawanan di Stadium Shah Alam itu.
Safee dianggap salah seorang
penyerang terbaik kebangsaan dengan kemuncak prestasinya ketika membantu negara
menjuarai Piala AFF 2010. Malah dia turut menerima anugerah penjaring terbanyak
dengan lima gol.
Bagaimanapun ada peminat
menganggap era Safee sudah berakhir apabila gagal mendapat tempat dalam
kesebelasan utama Johor DT selepas berpindah dari kelab Indonesia Pelita Jaya
pada 2013.
Bagaimanapun dia percaya
keputusannya untuk menyertai PKNS musim ini sebagai platform terbaik untuk
menghidupkan semula kariernya termasuk di pentas antarabangsa bersama Harimau
Malaysia.
“Memang peluang bermain dengan
PKNS lebih cerah berbanding pasukan lama. Alhamdulillah saya bermain dalam
kesebelasan utama bagi tiga perlawanan setakat ini jadi saya kena terus
berusaha merebut tempat.
“Saya kena berusaha meningkatkan
prestasi bersama PKNS dan bagi skuad kebangsaan, ketua jurulatih (Datuk Ong Kim
Swee) pasti ada perancangan tersendiri. Saya hanya perlu konsisten dengan
PKNS,” jelasnya.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Isnin, 6 Februari 2017 @ 5:08 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan