Khamis, 25 April 2019

Bisa anak watan


MyMetroNode
Oleh Rizar Mohd Noor
rizar@hmetro.com.my
 
Johor Bahru: Johor Darul Ta’zim (Johor DT) membuka tirai saingan Piala AFC dengan bergaya apabila menang besar 4-1 ke atas East Bengal pada aksi Kumpulan F di Stadium Larkin, malam tadi.

Tanpa kelibat Marcos Antonio, Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figueroa yang sekadar memanaskan bangku simpanan pengendali Johor DT, Bojan Hodak tampak mengubah formasi taktikal apabila mempertaruhkan Safee Sali bagi menggempur benteng pelawat.

Ternyata percaturan Hodak membuahkan hasil seawal minit kesembilan apabila bola sepakan percuma Nazrin Nawi dari jarak 20 meter tepat ke penjuru kiri gol sehingga sukar untuk penjaga gol Abhuit Mondal menepis.

East Bengal yang tersentak dengan jaringan awal itu cuba bangkit menerusi gerakan pantas untuk memburu gol penyamaan namun kekentalan benteng pertahanan tuan rumah gandingan Mohd Amer Saidin dan Fadhli Shas ampuh mengemudi posisi itu.

Kelekaan pelawat dengan serangan ke kubu tuan rumah pantas diambil kesempatan anak didik Hodak apabila S Chanturu melakukan larian di sebelah kiri sebelum memperdaya benteng pertahanan pasukan pelawat, namun hantaran lintang tidak sampai kepada Safee Sali yang sedia menunggu dalam kotak penalti.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Februari 2015 @ 6:48 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan