MyMetroNode
Oleh Rizar Mohd Noor
rizar@hmetro.com.my
Johor Bahru: Semangat juang
tinggi ditonjolkan setiap pemain Johor Darul Ta’zim (Johor DT) merealisasikan
kemenangan 4-1 menewaskan Perak untuk kembali merampas kembali kedudukan
teratas Liga Super pada aksi di Stadium Larkin, malam tadi.
Kemenangan itu cukup bermakna
apabila mengakhiri aksi di laman sendiri dengan rekod bersih 100 peratus 11
kemenangan tanpa tewas sepanjang saingan liga musim ini dan akan bertandang ke
Stadium Selayang berdepan FELDA United pada perlawanan terakhir yang menjadi
penentu mempertahankan kejuaraan liga.
Turun tanpa kelibat Marcos
Antonio yang terpaksa direhatkan akibat penggantungan satu perlawanan,
pengendali Johor DT, Mario Gomez membuat rombakan dengan menyenaraikan Junior
Eldstal bergandingan bersama Aidil Zafuan Abd Radzak mengemudi benteng
pertahanan.
Kelibat Safee Sali juga menjadi
sandaran mempertajamkan barisan serangan bagi membantu Luciano Figueroa dalam
usaha memburu gol sambil Mohd Nazrin Nawi kekal di posisi sayap kiri untuk
membentuk formasi 4-2-1-3.
Taktikal disusun pengendali dari
Argentina itu hampir membuahkan hasil pada minit ke-19 tetapi rembatan deras
Safee sedikit tersasar selepas menerima bola lorongan Hariss Harun.
Pelawat juga cuba untuk menggugat
pintu gol tuan ruman m-25 selepas bola sepakan percuma Muhd Nurridzuan Abu
Hassan hampir menewaskan penjaga gol Izham Tarmizi Roslan namun palang menjadi
penyelamat.
Usaha berterusan tuan rumah
memecah kebuntuan akhirnya menjelma ketika aksi berbaki seminit babak pertama
untuk ditamatkan apabila Figueroa melonjak tinggi dan menanduk kemas menewaskan
penjaga gol Mohd Zamir Selamat hasil bola sepakan percuma kapten Safiq Rahim.
Sebaik babak kedua bermula, tuan
rumah menyentap semangat pelawat m-47 selepas gerakan solo Mohd Nazrin yang
tidak dihalang dari kawasan tengah padang bingkas merembat bola kencang tepat
ke penjuru kiri menewaskan Mohd Zamir.
Namun pelawat bangkit merapatkan
jurang gol m-61 tetapi itu tidak menghalang kegarangan tuan rumah apabile S
Chanthuru mudah menolak masuk untuk gol keempat m-66 selepas bola umpanan
Figueroa tepat kepadanya untuk menewaskan Mohd Zamir.
Tuan rumah menambah derita
pelawat m-71 selepas bola tolakan S Kunanlan yang berjaya memperdaya dua
pertahanan pelawat menyaksikan Safiq pantas merembat bola untuk memastikan kedudukan
selesa 4-1 sehingga tamat perlawanan.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Khamis, 20 Ogos 2015 @ 8:46 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan