Sabtu, 16 November 2019

Piala AFF: Shukor, Safee yakin Harimau mampu 'mengaum kembali'


Sukan
Khamis, 18 Disember 2014 | 3:12pm
Piala AFF: Shukor, Safee yakin Harimau mampu 'mengaum kembali'
PEMAIN Malaysia, Abdul Manaf Mamat (kiri) diasak Fadhli Mohd Shas sambil diperhati rakan sepasukan, Safee Sali dan Shukor Adan (kanan) pada sesi latihan di Stadium Muang Thong Thanee baru-baru ini. - Foto Osman Adnan
BANGKOK: Dua tonggak skuad Harimau Malaya - Safee Sali dan Shukor Adan beranggapan tiada apa yang mustahil untuk pasukan negara bangkit memadamkan defisit kekalahan kepada Thailand, malam tadi.

Dua pemain veteran ini melihat andai Gajah Perang itu dapat menewaskan Malaysia 2-0 dalam saingan final pertama Piala AFF Suzuki di laman sendiri, kenapa tidak mereka juga melakukan yang sama di Bukit Jalil, Sabtu ini.

"Seperti apa pernah jurulatih (Dollah Salleh) katakan sebelum ini, jika Thailand boleh melakukan di halaman sendiri, kenapa tidak kami? Bagi saya, ia tidak mustahil.

"Kalau kita bermain sebagai satu pasukan, mustahil Thailand dapat menembusi pintu gol kita," jelas penyerang kelab Johor Darul Ta'zim itu.

Berkongsi nada yang sama ialah kapten skuad kebangsaan, Shukor yang mengharapkan penyokong tegar tanah air dapat dapat membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil bagi memastikan 'Misi' 2010' dapat diulangi.

"Penyokong mengharapkan sesuatu pada perlawanan ini dan kami gagal, jadi kami harap penyokong dapat terus memberikan sokongan moral kepada pasukan pada aksi kedua nanti.

"Dengan sokongan moral penyokong, Insya-Allah, kita akan cuba beri persembahan yang terbaik," jelas kapten kelab FELDA United FC itu.

Sehubungan itu, sokongan padu puluhan ribu penyokong skuad Harimau Malaya amat ditagih pada aksi timbal balik bagi memastikan kejayaan pada 2010 dapat diulangi. – BERNAMA.[1]



[1]https://www.bharian.com.my/node/49790     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan