MyMetroArena
Farah Azharie
farahazharie@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: UKM FC, Perlis dan
Terengganu FC II (TFC II) melengkapkan slot 12 pasukan yang beraksi dalam
saingan Liga Perdana bagi musim depan.
UKM FC sebelum ini menghantar
surat rasmi kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pada awal November lalu bagi memohon
penangguhan pengesahan penyertaan tetapi mereka kini disahkan sebagai salah
satu pasukan yang beraksi dalam kancah Liga Perdana.
Sementara itu, rayuan skuad Singa
Utara untuk beraksi di Liga Perdana diterima oleh Persatuan Bolasepak Malaysia
(FAM) dan mereka akan menggantikan Kuantan FA yang didenda RM67,500 kerana
gagal melunaskan gaji kepada 44 pemain dan jurulatih pasukan itu yang
dianggarkan berjumlah RM1.6 juta.
Juara Liga FAM, TCFC yang
berdepan masalah sama dan didenda RM1,500 kerana gagal menyelesaikan pampasan
kontrak berjumlah RM60,000 kepada bekas jurulatih, Roshadi Wahab menyaksikan
tempat mereka digantikan oleh TFC II.
MIFA FC dalam pada itu dijangka
menggantikan FELCRA FC yang menarik diri daripada saingan Liga Super 2019
selepas pasukan itu gagal menyelesaikan masalah tunggakan gaji selama tiga
bulan yang berjumlah hampir RM2 juta.
Pasukan MIFA begitupun
dikhabarkan akan dijenama semula kepada PJ City dan akan menggunakan Stadium
Petaling Jaya sebagai gelanggang sendiri.
Pasukan lain yang beraksi di Liga
Super 2019 termasuklah juara lima kali, Johor Darul Ta’zim, FELDA United,
Kedah, Kuala Lumpur, Melaka United, Pahang, Perak, PKNP FC, PKNS FC, Selangor
dan Terengganu FC.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Jumaat, 28 Disember 2018 @ 12:35 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan