Rabu, 31 Mei 2017

Elavarasan cari pengganti Safee Sali



Selasa, 23 Mei 2017 @ 10:38 AM

Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor bhsukan@bh.com.my

E. Elavarasan

KUALA LUMPUR: Ketiadaan Safee Sali untuk aksi melawan Johor Darul Ta'zim (JDT), dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam esok, bukanlah beban besar buat PKNS FC kerana masih memiliki pemain terbaik di posisi itu. Safee tidak dapat diturunkan kerana terikat dengan perjanjian antara dua kelab berkenaan ketika perpindahan pemain berusia 33 tahun itu ke skuad Semut Merah.

       Pengurus PKNS FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid yakin pengendali pasukan, E Elavarasan memiliki ramuan tersendiri untuk menjerat skuad Harimau Selatan di laman sendiri.

"Bagi pertemuan dengan JDT, sudah pasti kami akan turun dengan perlawanan berbeza berbanding perlawanan terakhir berdepan Kedah (9 Mei lalu). "Saya percaya jurulatih sudah mempunyai perancangan tersendiri termasuk memilih pemain yang akan mengisi tempat Safee.

 "Ketiadaan Safee juga dirasai, namun kita masih ada pemain lain termasuk Patrick Ronaldinho dan Nicolas Hadwa, " katanya kepada BH. Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan pemainnya supaya tidak lagi membiarkan pasukan mereka terus kehilangan mata selepas hanya meraih 11 mata ketika ini, satu satu mata dipisahkan dengan zon penyingkiran.

 "Untuk melawan pasukan terkuat seperti JDT, ia pasti satu tugas sukar ketika lawan masih lagi segar dengan kejayaan 3-2 ke atas Ceres Negros pada aksi Piala AFC," katanya.

sumberSelanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/285474

Tiada ulasan:

Catat Ulasan