OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Mohd. Safee Sali dilahirkan pada 29 Januari 1984. Mempunyai ketinggian 171
cm dan berat 72 kg. Pendidikan SPM dan berasal dari Kajang, Selangor. Susuk
tubuhnya tegap dan mantap. Memulakan penglibatan dalam bolasepak dengan
menyertai skuad Kuala Lumpur bawah 14 untuk Piala Nike. Tamat sahaja tingkatan
5 beliau menyertai skuad Kuala Lumpur Bawah 18 tahun Piala Milo dan seterusnya
pada tahun 2002 beliau diserap dalam skuad utama Kuala Lumpur.[1]
Pada tahun 2006 Safee Sali
menjalani pembedahan di Hospital Pantai Pandan Indah kerana menjalani
pembedahan lutut kirinya akibat kecederaan putus urat ligamen.[2]
Pada tahun 2006, Safee menjaringkan 11 gol Liga.Beliau diberi gelaran Super
Mokh oleh pengurus pasukan Sarawak Kapten Gulzar Mohammad.[3]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan