Selasa, 8 September 2020

Trio Piala Asia ke Slovakia

 PESTABOLA MERDEKA 2007

ARKIB : 01/08/2007Trio Piala Asia ke Slovakia

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

KUALA LUMPUR – Hanya tiga pemain skuad Piala Asia dan empat yang disenaraikan sebagai simpanan, mendapat kepercayaan semula untuk menyertai skuad Bawah 23 Tahun Malaysia bimbingan B. Sathianathan ke Pestabola Merdeka ke-39 dari 20 hingga 29 Ogos ini.

Mereka ialah penyerang, Safee Sali, pemain tengah Nor Farhan Muhammad dan bek tengah, Aidil Zafuan Radzak daripada skuad senior yang dikecam kerana menduduki tempat tercorot Kumpulan C Piala Asia selain Azi Shahril Azmi, Khyril Muhymeen Zambri, Amirulhadi Zainal dan Nasril Nourdin.

Kata Sathianathan sebelum berlepas ke Slovakia bagi mengadakan siri persahabatan dengan beberapa kelab dan skuad bawah umur: “Saya memilih mereka yang kesemuanya berusia 23 tahun dan ke bawah kerana mahu memberikan pendedahan menjelang ke Sukan SEA Korat, Disember ini.

Pemain skuad ini berpeluang meningkatkan permainan dengan pasukan yang lebih senior pada Pestabola (di Shah Alam dan Petaling Jaya) seperti Singapura, Myanmar, Lesotho, Zimbabwe, Bangladesh.”

Turut tersenarai dalam skuad 27 pemain sekarang ialah penyerang Kedah, Samransak Kram yang berpengalaman mewakili skuad senior pada Pestabola Merdeka tahun lalu dan Kejohanan AFF, awal tahun ini di samping adik kembar Aidil Zafuan, Zaquan Adha Radzak.

Sathianathan turut yakin dengan persediaan kebanyakan anak buahnya yang berpengalaman menewaskan juara bertahan Pestabola Merdeka, Myanmar 1-0 dalam Piala Cabaran Grand Royal di Mandalay, tahun lalu selain mengekang Syria 0-0 di Petaling Jaya dalam Kelayakan Olimpik tahun ini.

Di Slovakia, Malaysia dijangka mengadakan empat perlawanan persahabatan dengan salah satu yang telah disahkan ialah menentang Vion FC selain skuad Bawah 22 Tahun beberapa negara Eropah Timur.

Skuad B-23 Malaysia

Nasril Nourdin, Chun Keng Hong, Amirulhadi Zainal, Syamsol Sabtu, Zaquan Adha Radzak, Norshahrul Idlan Talaha, Shahurain Abu Samah, Sumardi Hajalan, K.Thanaraj, Daudsu Jamaluddin, Samransak Kram, Khyril Muhymeen Zambri, Zamri Chin, Farizal Marlias, Wan Azwari Wan Nor, Henry Parsi, Nizam Abu Bakar, Faizal Yusoff, Amirul Omar, Ahmad Shahril Zakaria, Azrul Ahmad, Aidil Zafuan Radzak, Azi Shahril Azmi, Safee Sali, Nor Farhan Muhammad, Joseph Kalang Tie, Azril Hamid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan