Rabu, 19 Jun 2019

Safee masih berminat...


MyMetroArena
BERNAMA
“TIPULAH kalau saya menolak panggilan skuad kebangsaan.”

Itulah reaksi bekas penyerang kebangsaan dan pemenang kasut emas Piala AFF 2010, Safee Sali apabila ditanya jika masih berminat untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Penyerang veteran berusia 35 tahun yang meledak 23 gol dalam 73 penampilan bersama skuad kebangsaan berkata, sekiranya dipanggil oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe, dia sedia membuktikan kebolehannya.

“Bagi saya, jika dipanggil (ke kem latihan pasukan kebangsaan), saya harus bersiap sedia dari segi fizikal dan mental. Jika diberi peluang, saya rasa tiada masalah untuk membuktikannya,” katanya selepas aksi Liga Super antara PJ City dan FELDA United di Bukit Jalil, malam tadi.

Pada aksi itu, Safee menjaringkan gol ketiga musim ini untuk membantu PJ City menang tipis 1-0 menentang pasukan tercorot liga di Stadium Nasional.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Jun 2019 @ 9:42 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan