Khamis, 17 Mac 2016
Safee mahu kekal rentak
Demikian tegas penyerang sensasi Selangor, Safee Sali ketika mengulas
mengenai kejayaan pasukannya membelasah Polis Diraja Malaysia (PDRM) 4-1 pada
aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam kelmarin.
Safee muncul wira skuad Gergasi Merah apabila meledak hatrik pada
perlawanan itu yang banyak dikuasai tuan rumah.
Menurut Safee, gandingannya bersama penyerang import, Frank Seator
semakin menunjukkan peningkatan.
“Selepas empat perlawanan bersama, saya rasa gandingan kami semakin
mantap.
“Selain itu, kerjasama daripada semua pemain amat penting kerana ia
menjadi antara kunci kejayaan kami,” kata Safee kepada KOSMO! semalam.
PDRM mendahului pada minit ketujuh apabila pemain import, Hillary Echesa
menjaringkan gol pembukaan.
Namun, jaringan itu tidak melemahkan Selangor yang tidak menunggu lama
untuk menyamakan kedudukan apabila Safee menemui sasaran pada minit ke-14.
Safee sekali bertindak cemerlang apabila meletakkan Selangor di hadapan
pada minit ke-28 sebelum dia melengkapkan hatrik sembilan minit kemudian.
Akmal Rizal Rakhli melengkapkan malam gemilang Selangor dengan
menjaringkan gol keempat tuan rumah pada minit-minit terakhir perlawanan.
Safee berkata, beberapa kesilapan yang dilakukan pemain pertahanan PDRM
memberi peluang kepadanya untuk menjaringkan gol.
“Aksi barisan pertahanan PDRM kurang menyerlah, membuatkan kami mudah
menjaringkan gol pada perlawanan itu,” katanya.
Katanya, dia berharap Selangor mengekalkan rentak kemenangan untuk terus
mengukuhkan kedudukan mereka.
Selangor yang berada di tangga kedua liga kini berkongsi 16 mata dengan
Kedah yang masih mendahului liga, namun kedua-dua pasukan hanya dibezakan
dengan jaringan gol.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz43AXZnZpy
Hakcipta terpelihara
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan